Search This Blog

Wahai Jiwa Yang Sedang Sakit

::  Bismillahirrahmanirahim  ::
~dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang~


aku menyeru dengan nama PENCIPTA ku
dengan segala matlamat dan tujuan
agar dilimpahkan rahmat dan berkat
Supaya 'tenang' disana menjadi milikku

Wahai jiwa yang sungguh sensara
Maaf atas segala peristiwa silamku
Yang membuatkanmu merana
Yang menyebabkanmu derita

Wahai jiwa yang sungguh lembut
Maafkanku kerana membuatmu kusut
Melakukan dosa tanpa rasa takut
Menodaimu dengan dunia yang serabut

Wahai jiwa yang dulunya suci
Maafkanku kerana menyimpan hasad dengki
Sedangkan ia perlu dihindari
Dan kini sakitmu menjadi-jadi

Wahai jiwa yang bersih
Maafkanku melakar noda ditempatmu yang putih
Tanpa perasaan pilu dan sedih
Sedangkan engkau merintih pedih

Maafkanku . Maafkanku . Maafkanku
Aku ingin kembali merawatmu
Aku ingin kembali menjagamu
Membelai dan memahamimu

Inginku hiasi mu wahai jiwa
Dengan perhiasan yang sempurna
Berdinding keimanan dan tabir dari keikhlasan
Di jaga oleh takwa dan taat

Aku ingin lindungimu Wahai jiwa
dengan perasaan benar dan jujur
Menutupimu dengan perasaan malu dan insaf
Di aliri dengan sungai kasih sayang dan cinta

Pulihlah jiwa . Sembuhlah jiwa
Aku menyesali perbuatanku dulu
Aku berharap engkau sembuh
Agar PENCIPTA meredhai kita bersama


--coretan dan nukilan dari si penulis--

Ya Allah Selamatkanlah Gadis Itu

Dahulu dia seorang anak yang taat perintah-Mu
Dahulu dia seorang yang mendengar kata ibu bapa
Dahulu dia menjadi penunggu setia abang dan kakak
Dahulu dia peneman tidur adik-adiknya

Ya Tuhan, Selamatkanlah dia dari segala bencana
Selamatkan dia dari segala fitnah dan dusta
Selamatkan dia dari aniaya manusia
Selamatkan dia dari azab kubur dan neraka

Tuhanku, Engkau menyukai orang yang penyayang
Cintailah dia kerana cintanya hanya pada-Mu
Berkatilah dia kerana ingatannya sentiasa pada-MU
Peliharalah kebajikannya kerana dia menjaga kebajikan kami

Dia seorang gadis yang periang
Merawat duka mereka yang derita
Dia tabah menempuh segala ujian dari-Mu
Dia sabar melayari bahtera hidup nan berliku

Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Dia adalah INSAN yang telah Engkau anugerah padaku
Dia IBU yang melahirkanku kedunia
Dia mendidik dan memimpinku tanpa jemu


Sesungguhnya dialah kekasih yang sangat setia
Menanti dan menunggu panggilan istimewa dari-Mu
Biar mati itu sakit tetapi kasih-Mu penawarnya
Dia kekasih yang menyintai suaminya kerana-Mu

Andai telah ditakdirkan maut itu datang
Engkau ambillah dia kembali kesisi-Mu
Dengan rahmat dan kurnia-Mu
Jauhilah dia dari api yang membahang itu

Tempatkanlah dia bersama hamba-Mu 
Yang soleh dan taat kepada-Mu
Pertemukanlah kami di Hari itu nanti
Dengan rahmat dan berkat-Mu Ya Rabbi

Terima kasih kerana menemukanku
Dengan seorang IBU yang menjadi teman
Sahabat, Musuh dan kekasih dihati ini
Jika ditanya siapa yang teristimewa dihatiku

Maka jawapannya adalah Seorang Dia yang bergelar ibu...


Saya Bukan Pemenang Dan Bukan Juga Kalah

for NetRiders Competitions Asia Pacific has already done. Alhamdulillah because we did the best yang termampu. And Syukur kepada Tuhan Sekalian Alam sebab rakan-rakan mendapat TOP 10. And also congrats to all of you.
For me as well, So sad been me...i'm very upset...I'm not the WINNER but also i'm not going to be a LOSER.
Sedih tu memang terlampau sangat sebab dah score but I can't do my best! Some part of me not perform well. Kalau tanya perasaan memang la jawapan die sedih. Sesangat sedih. Tapi ape pun mereka memang layak dapat apa yang da diusahakan. Maybe and just maybe, if Allah give me second change. I'll do my inner self. My true self confidence. 
Macammana ye nak cakap perasaan sekarang sebab bercampur dah dengan sedih sebab tak dapat TOP 10, gembira sesangat sebab kawan menang, sedih balik sebab berpisah ngan kengkawan baru. Semua bercampur...yang penting memory yang happy. Girls, without you all..i do not know who am i.

For next challenge is myself. Do want I want to do, Be what i wanna be, the reason is the real ME is more amazing that hide inside my self and I have to get them out!.
I Pray to Allah because give me change to join this event.