Search This Blog

Masalah oh Masalah

Macam tajuk citer pulak. Hai reader yang kacak and comel semua.

Hidup ni sangat singkat untuk kita merasa gundah kan?. Tapi kebanyakan masa dalam hidup ini yang buat kita gundah. Mungkin dah berusaha tapi akhirnya gagal. Mungkin perhubungan yang putus ditengah jalan. Mungkin malang yang tiba-tiba menerpa. Mungkin itu dan ini..yang kita namakan TAKDIR.

Luna bukanlah pakar motivasi atau pakar physiology. Cuma insan biasa yang ada jugak masalah dunia. Cuma yang Luna belajar dari kehidupan adalah kita sebagai manusia akan diuji dari nafas yang pertama hingga yang terakhir. Ujian berupa kesenangan juga kesusahan. Kebanyakan manusia ingin lari dari menyelesaikan masalah. Mungkin dengan cara berdiam diri. Tapi
masalah takkan pernah lari dari manusia.

Macammana nak selesaikan segala masalah?. Bunyi mungkin senang tapi nak buat tu yang susah. Bukankah hakim perlu tahu punca segala masalah sebelum menjatuhi sebarang hukuman?. Begitu juga kita. Perlu mencari punca masalah yang melanda kita. Dah jumpa? Cuba perbetulkan. Senang bunyinya tapi Luna akui sangat susah untuk memperbetulkannya. Kerana manusia tu ada sifat ego. Caranya, berdoa dan berusaha. Allah kan ada. Ya..Allah sentiasa ada dan mendengar segala luahan, keluhan dan rintihan makhluk ciptaanNya.

Doa juga senjata orang mukmin. Ya, benar Allah itu Maha Mengetahui dalam segala sesuatu. Tapi mana lagi Allah bagi keutamaan samada kepada hambaNya yang memohon sambil menadah tangan dan sujud kepadaNya atau kepada hambaNya yang hanya berbicara dalam hati?.

"Kalau Allah itu Maha Pengasih, kenapa aku diberi beban masalah?.."

Kerana manusia terlalu angkuh untuk bersujud dan menyembah PenciptaNya. Kita tidak ada kuasa sedikitpun untuk menurunkan setitis hujan. Sebab itu Allah datangkan ujian. Untuk melihat hati manusia dan kebergantungan hidup manusia. Jika manusia berpaling dari Rahmat Allah. Seksa akan menunggu dia sehingga dia bertaubat. Jika dia bersyukur dan memohon keampunan dari Allah. Dia adalah orang yang sangat bahagia.


Credit to en.google