Search This Blog

On the way

Assalamualaikum w.b.t
selamat tengah ari semua, tengah masak lunch ke just makan kat luar? Bagi yang rajin memang masak lunch sendiri kan, tapi bagi yang busy ngan keje @ anything else memang makan kat luar menjadi pilihan kan..
Sebenarnya takde ape yang nak diceritakan. 
Nothing special pada hari ni, just maybe tired kot sebab skarang dalam kereta On The Way ke TAR College,Shah alam.
Buat ape? haha..saya kena join Competation. Tanggungjawab kena laksanakan betol tak?.
Takde ape yang nak dikongsi hari ni just nak bercerita saja.
Dah lama tak bercerita dibelog sendiri.
Tak sempat nak bercerita pon.
Masa tak pernah cukup untuk diluangkan didepan lappyBunny ni.
Dengan Final Project yang tak siap lagi.
Dengan study for exam tak sedia lagi.
Muet pon tak ready apa-apa lagi.
Semuanya serentak.
Tapi mak pesan kat saya, "Insyaallah semua akan berjalan lancar. Berdoa dan bertawakkal pada Yang ESA"
Betol apa yang mak kata tu.
Insyaallah semua akan oke.Semua akan selamat.
Just believe Allah be by my side.
Allah always be there.
Inside my heart and soul.
Apa pon doakan kami selamat sampai dan membawa balik kejayaan.
Terima kasih bagi semua yang memberi skongan moral.
aspecially for all my bestfriend.

Siapkan kerja dulu baru....

Assalamualaikum..Selamat pagi sabtu semua
amboi best nye sape yang tengah sarapan pagi skarang ni, makan ape tu? Wah nasik lemak ea..best nye!!

Hari ini masa yang terhad bagi saya untuk menyiapkan semua kerja sebelum pergi Competation Netrider anjuran Cisco Networking Malaysia. Acceli saya takot nak pegi Netrider nih, tapi atas sokongan sahabat dan kawan-kawan, saya pon semangat nak pergi. Menang kalah tu lain cerita kan. Kita hanya merangcang Allah yang tentukan. 

Apa persiapan yang perlu dibuat? haha 1st thing 1st is Assignment la. Patutnya kena submit ari 25/03/2011 bersamaan dengan ari jumaat tapi disebabkan masalah teknikal due date ni terpaksa kami tangguhkan hingga ari isnin 28/03/2011 (p/s: maaf ye pn.juma,kami tak sengaja..)

- ni la screenShoot sebahagian program yang saya wat-

skarang ni tengah wat review pasal final project pulak lepas siap assignment VB.Net ni. Banyak kerja kan..tak kan habis nye kerja kat dunia ni selagi ada nafas yang Allah kasi pinjam. So doakan saya sempat siapkan suma kerja sebelum berangkat ke TAR college,Shah alam untuk Netrider dan doakan juga kami dapat kejayaan disana nanti. Buat kengkawan, thanks very much for your support and advise. i love u all. 


Doa Taubat

Illa Hilaastu Lil Firdausi Ahla
Walaa Aqwaa' Alaa Naaril Jahiimi
Allah Fahablii Taubatan Waghfir Dzunuubii
Fainnaka Ghafirun Dzambil 'Adziimi

Tuhanku aku tidak layak untuk syurga-Mu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa neraka-MU
Dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku
Ampunkanlah dosaku..
Sesungguh-Nya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

p/s: bacalah dan pohonlah keampunan kerana sesungguhnya Allah menyintai hamba-Nya yang mencintai-Nya

Menyiapkan Prototype Network Design Project

Dah 2 minggu progress project ni, dari mula-mula design network sampai bina prototype
semua ni untuk group darjeeling for subject Net.Design
Fuuhh!! penat tu memng penat, penin pikir design yang terbaik sampai kengkadang tak dapat tido malam
Tapi pasal nak dapat A++ tu la dok huru-hara menyiapkan benda alah ni

 -gambaran 60% dalam progress-

-ni dari sisi pintu masuk company-


p/s: Penat taw potong mountain board and dirikan dinding-dinding ni..tapi best sebab saya buat sama-sama dengan sahabat saya iemah and nazurah yang comell...sooo cute bangunan ni cam group ni jugak..hehe 
Insyaallah mybe akan ciap dalam masa terdekat ni jugak..satu pengalaman yang tak dapat dilupakan sebab ni la masenye nak jadik architect kan..huhu

Doa Pagi Dan Petang

Ya Allah, Engkau tahu hati-hati ini berhimpun dalam cinta pada-MU
telanh berjumpa dalam taat pada-MU
telah bersatu dalam dakwah pada-MU
telah berpadu dalam membela syariat-MU
teguhkanlah, Ya Allah. Satukan hati-hati kami dan ikatannya.
Kekalkanlah cinta kasihnya.
Tunjukilah kami jalan-jalannya
Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-MU yang tidak pernah hilang
Lapangkanlah dada-dada kami dengan kelimpahan iman kepada-MU
dan indahkanlah ia dengan bertawakkal kepada-MU
Hidupkanlah hati ini dengan ma'rifat kepada-MU
Matikanlah ia dalam syahid di jalan-MU
Sungguh Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong
Ya Allah, kabulkanlah.
Dan sampaikan shalawat kepada junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w.
serta sekalian keluarganya, para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam ini.

p/s: doa ni terjemahan dari doa makthurat. Memperbanyakkan doa dan zikir akan membuatkan hati kita subur dan akan memulihkan jiwa. Seorang hamba yang banyak berdoa dan ber zikir akan dekat dengan Allah dan Allah mendengar setiap permohonan hamba-NYA..

Rasulullah S.A.W bersabda,
"Doa adalah senjata orang mukmin"
Dalam kesempatan yang lain baginda bersabda,
"Doa adalah inti ibadah"

Jadi marilah sama-sama kita memperbanyakkan doa dan zikir agar kita dijauhkan dari Fakir dan dilindungi dari segala ancaman di dunia dan akhirat. Insyaallah
 
 

Kita Selalu Lupa!

kita selalu lupa yang Allah itu melihat dan memerhati setiap langkah dan tingkah
tanpa rasa bersalah walau sedikit kita terus lalai mengikut hawa nafsu
Kita selalu lupa bahawa DIA Maha kuasa atas segala sesuatu
tanpa rasa bersalah kita menyalahi pangkat yang diberi sementara
Kita selalu lupa yang Allah Maha Mengetahui segala sesuatu
tanpa rasa berdosa kita menyingkap kepalsuan menjadi kebenaran
Kita sebenarnya yang dikatakan oleh pepatah sebagai KACANG LUPAKAN KULIT

KENAPA? kerana kita sentiasa lupa mengadu dan memohon kepada PENCIPTA
sedangkan DIA maha MEMBERI dan maha MENERIMA
PENCIPTA kita tidak pernah lupa pada kita...

Bukti?sebelum bertanya anda perlu ditanya
Makanan yang disuap setiap hari datang dari mana?
Dari siapa hembusan nafas kita?
Siapa yang menjaga putaran orbit bagi planet-planet?
Siapa yang mencipta awan yang bergerak terapung tanpa tiang?
Dan yang paling penting sekali...Siapa yang memberi kita hati dan akal?
Semua dari Maha Pencipta dan apa hanya sedikit perintah yang perlu kita penuhi

Solat, Puasa, Zakat..Hanya sedikit berbanding nilai Nafas yang tak ternilai
Kenapa perlu SOLAT 5 waktu?
kerana hanya 5 waktu ini masa untuk kita mengadu dan meminta
hanya yang 5 ini akan menjadi teman dikuburan..Maha Pencipta mahu hamba-NYA memohon
Pintalah apa jua, luahlah apa saja, Sakit hati...Tertekan...Gembira... semua sekali
Pencipta Maha Mendengar walau kita hanya berbisik didalam hati..
Panjatkan kesyukuran kepada-NYA atas kenikmatan yang diberikan
Pohonlah Pertolongan kepada-NYA atas ujian dan kesusahan yang diberikan
Jalinkanlah Cinta dihati kita kepada Pencipta
kerana ia suci dan DIA adalah kekasih yang paling tinggi
Abdikanlah diri sebagai hamba yang patuh kepada tuannya
kerana TUAN kita adalah yang paling berkuasa yang telah mencipta kita
Carilah keredhaan-NYA kerana ia menjadi pembantu kita nanti

PERGAULAN BEBAS ! salah lelaki atau perempuan

- dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang -

Maaf kalau yang terluah ini ada yang terasa. Cuma nak bercerita bukan nak mengata. Bila saya berjalan ke belog2 mereka ada sebahagian yang membincangkan benda dan wasilah yang sama. Saya hanya seorang pemerhati. Hati ni sebenarnya tertanya-tanya Kenapa hubungan wanita dan lelaki sekarang terlampau bebas?.

Nak bercerita sesama rakan antara lelaki dan perempuan tak salah disisi agama tetapi yang salah adalah cara bercerita. 
Nak bersahabat dengan berlainan jantina juga tak pernah salah disisi agama cuma kesalahan pada cara persahabatan. 
Bercinta? itu lumrah manusia yang mempunyai jiwa dan hati. Tetapi ada batas dalam percintaan ada had dalam pergaulan ada peraturan dalam perhubungan.

Allah suka kepada kesucian dan Allah menyukai orang yang suka pada kesucian. Kesucian yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi batiniyah tapi juga lahiriah. Luaran dan dalaman yang suci dari kemaksiatan. 
Menjaga kehormatan bukan hanya dimaksudkan dengan menjaga 'VIRGINITY' diri tetapi kehormatan sebagai seorang insani yang mempunyai nilai diri yang tinggi. Seperti mutiara yakut dan marjan yang tersimpan rapi. Seperti intan dan berlian yang mempunyai nilai yang tinggi.

Saya juga manusia biasa, yang mempunyai nafsu dan tak lari dari hasutan syaitan. Kalau dilihat pada status dan kedudukan mungkin saya tak setanding dengan yang lain dan kalau dilihat dari segi pendidikan juga saya tak sepintar Bill Gates. 
Tapi kita tetap sama mempunyai Tuhan yang satu. Menyembah kearah kiblat yang satu. Datang dari tempat yang sama. Asal keturunan juga sama. 

Bukankah Allah dah menetapkan janji-Nya, janji yang pasti dipenuhi kerana Allah adalah pemengang janji yang Maha Adil. Syurga itu adalah kenikmatan yang tak terbayang oleh manusia dan tak terungkai oleh makhluk-Nya. Didalamnya terdapat pohon-pohon yang teduh dan mengalir sungai-sungai yang perlbagai perisa dan warna. Masih tak cukup? disana juga ada khemah untuk kita yang terlalu indah. 

Mungkin ada lelaki yang berkata "ah..semua perempuan sama saja,boleh dipegang dan boleh dirasa ". Maaf dipinta wahai sang perkasa yang bergelar lelaki, Allah telah menjanjikan nikmat syurga kepada kalian semua dan disana terdapat bidadari-bidadari yang menunggu kalian. Hanya kalian yang boleh menyentuh mereka dan mereka milik kalian. Tetapi INGAT! setiap kenikmatan ada perjanjian. Selaku lelaki, kalian TAK BERHAK menyentuhi mana-mana wanita yang bukan muhrim!. Dan kalian perlu menjaga wanita dari sebarang ancaman. Kerana wanita adalah kaum yang lemah.

Bagi wanita pula mungkin bertinta "kita kalau tak melawa takde laki yang nak, nanti jadi andartu..". Maaf wahai jiwa yang lembut yang dikenali sebagai wanita, Maha Pencipta yang menetapkan urusan kita. Jodoh didunia hanya seketika tetapi jodoh disyurga kekal selamanya. Jangan pernah risau jika tiada yang mendatang. Kerana Allah telah menjanjikan Wanita MULIA adalah ketua bidadari syurga. Jangan gundah jika tiada lelaki yang menjadi suami didunia. Kerana kalian boleh memilih salah seorang dari mana-mana lelaki penghuni syurga dan Allah sendiri akan menikahkan kalian nanti disana. Tetapi setiap perjanjian memerlukan PENGORBANAN. 

Jaga kehormatan dan nilai dirimu wahai wanita. Kerana kalian adalah permata. Lembut kalian bukan pemusnah jiwa tetapi pengubat hati yang lara. Jangan pernah lemaskan diri dengan fitnah dunia kerana ia akan menzalimi jiwa. Kalian adalah mutiara yang indah dipandang mata.

Wahai lelaki bukankah kalian gagah dan perkasa? gunakanlah ia untuk melindungi kaum hawa. Lawanlah nafsu kalian kerana ia sebahagian dari perjuangan. Lelaki yang gagah bukan lelaki yang memiliki wanita simpanan tetapi lelaki yang melindungi wanita dengan jalan yang diredhai-Nya.

Sampai disini dahulu hati bercanda, Maaf dipinta jika ada yang terasa. Hanya nukilan dan bisikan isi hati sebagai seorang pemerhati. Semoga Allah merahmati segala bait dan nukilan hati ini..

Sujud Seorang Hamba


permulaan sepertiga malam yang indah nian.. Ya Khaliq, hamba-MU ini bersujud memohon keampunan, menyembah-Mu demi keredhaan, dalam dunia yang tiada batas dan sempadan.. 


dalam kekalutan manusia mengejar kemewahan, hamba-MU bermunajat memohon kekuatan. bukan kekuatan zahir tetapi kekuatan iman yang menipis..


dalam kegembiraan manusia melunaskan nafsu, hamba-MU ini memohon dan mengadu hanya pada-MU agar dihulurkan sedikit bantuan-MU selaku benteng pertahanan dalam peperangan antara IMAN dan NAFSU.. iman perlu menakluki dan memenangi peperangan ini agar nafsu dapat dikawal oleh tentera-tentera zikrullah..


dalam kepalsuan yang diwancanakan oleh manusia sebagai kebenaran, hamba-MU ini merintih rindu pada-MU dan meminta berlayar dan berjalan dengan arah jalan-MU yang lurus agar pertemuan hakiki itu akan menjadi sebuah pertemuan yang penuh kenikmatan dari-MU...


dalam keangkuhan manusia memanipulasi pangkat dan kuasa, hamba-MU ini merintih merayu kepada-MU yang telah menciptakanku dan menganugerahi perjalananku dengan sesuatu yang penuh suci jauh didasar hati yang dipanggil jiwa, agar aku menyelami dan menjagai supaya ia tidak dicemarkan dengan lautah darah kemaksiatan..


YA KHALIQ pemegang nyawaku dan urusanku ditangan-MU.....kesabaranku semakin lemah, tentera hati semakin patah, benteng jiwa semakin goyah, langkahku punah, nafasku lelah...WAHAI TUHAN yang Maha Mengetahui, dihadapan-MU aku rebah...peliharalah jiwaku yang semakin gundah...temaniku dalam ujian senang dan susah..terangilah jalan menuju-MU yang indah..


Ya RABBI zat AGUNG...andai kata kalam amalanku didunia ini berhenti, andai aku bakal kembali, dan nafasku akan terhenti, andai malaikat-MU datang menjemput diri ini, andai saat pengaduanku berakhir diduniawi, hanya satu permintaanku...aku ingin kembali kepada-MU suci seperti bayi...agar segala kesakitan duniawi yang diakhiri dengan SAKHRATULMAUT itu membawaku pulang kehadapan-MU sebagai seorang bidadari dan sebagai penghuni syurga-MU yang abadi...




puitis rasa perindu cinta-NYA

menitip cerita mengguna kalam
bertintakan warna-warna duniawi
seluas sutera putih yang suci
terbentuk sebuah cinta yang dalam

seawal permulaan nafas
Engkau memberikan cinta
melalui seorang bapa
lakaran azan itu yang pertama

menyerap ia kedalam kalbu
bermulalah saat lembaran hijabku
pertarungan sengit dalam hidupku
antara iman dan juga nasfu

Engkau setia melihat aku
mengutuskan Malaikat-MU menjagaku
walau mataku tidak melihat-MU
tetapi ku merasai kehadiran-MU

ditinggalkan bersamaku 2 perkara
Al-quran dan sunnah ia bernama
agar dilakar dan diwarna
ditempat suci yang bergelar jiwa

pertarungan itu makin menjadi
pabila bertambah usia hati
musuh itu sentiasa menghasuti
agar jiwaku padam dan mati

langkahku lemah jiwaku resah
akhirnya rebah aku ditanah
tidak mampu untuk bertitah
pada diriku yang mula punah

aku redha meniti cabaran
untuk menemui-mu wahai Tuhan
luahan ini aku perdengarkan
kerana aku tidak mampu bertahan

Wahai Khalid hulurkanku bantuan
suatu benteng untuk pertahanan
kerana nafsuku bangkit dan melawan
musuhku pula sentiasa berdampingan

ku panjatkan kepada-MU kesyukuran
yang memberikan jiwaku ketenangan
yang menunjukkan lurusnya  jalan
untuk bertemu-MU wahai Tuhan

hingga akhir kalam terhenti
yang lemah ini bergelar insani
menunggu keputusan-MU ya ilahi
atas nama cinta yang hakiki

ku seru nama-MU saban waktu
kerana cinta ini hanya satu
aku merindui dan mencintai-MU
berikan kepadaku Shafaat-MU

Yang Maha Pemurah dan Maha Menyayangi
telah ku serahkan hati ini
dan ku dambakan cinta yang suci
agar kecintaan-MU milik diri ini

aku memohon pertolongan-MU tuhan
akhirilah nafasku dalam keimanan
agar aku bertemumu dalam ketenangan
dan hindari aku dari dusta SYAITAN


Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib
----------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.


p/s - p/s : Salam alaik. Sila sebar-sebarkan untuk tatapan setiap remaja dan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Demi ISLAM kita berjuang..!!

jika kita menyerah diri seluruhnya kepada ALLAH nescaya ALLAH akan memberi kita imbalan kebaikan..Insyaallah- nukilan ini dari seorang pemuda yang berani dan saya ambil dari belog Muhammad Syaza Safwan