Search This Blog

PERGAULAN BEBAS ! salah lelaki atau perempuan

- dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang -

Maaf kalau yang terluah ini ada yang terasa. Cuma nak bercerita bukan nak mengata. Bila saya berjalan ke belog2 mereka ada sebahagian yang membincangkan benda dan wasilah yang sama. Saya hanya seorang pemerhati. Hati ni sebenarnya tertanya-tanya Kenapa hubungan wanita dan lelaki sekarang terlampau bebas?.

Nak bercerita sesama rakan antara lelaki dan perempuan tak salah disisi agama tetapi yang salah adalah cara bercerita. 
Nak bersahabat dengan berlainan jantina juga tak pernah salah disisi agama cuma kesalahan pada cara persahabatan. 
Bercinta? itu lumrah manusia yang mempunyai jiwa dan hati. Tetapi ada batas dalam percintaan ada had dalam pergaulan ada peraturan dalam perhubungan.

Allah suka kepada kesucian dan Allah menyukai orang yang suka pada kesucian. Kesucian yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi batiniyah tapi juga lahiriah. Luaran dan dalaman yang suci dari kemaksiatan. 
Menjaga kehormatan bukan hanya dimaksudkan dengan menjaga 'VIRGINITY' diri tetapi kehormatan sebagai seorang insani yang mempunyai nilai diri yang tinggi. Seperti mutiara yakut dan marjan yang tersimpan rapi. Seperti intan dan berlian yang mempunyai nilai yang tinggi.

Saya juga manusia biasa, yang mempunyai nafsu dan tak lari dari hasutan syaitan. Kalau dilihat pada status dan kedudukan mungkin saya tak setanding dengan yang lain dan kalau dilihat dari segi pendidikan juga saya tak sepintar Bill Gates. 
Tapi kita tetap sama mempunyai Tuhan yang satu. Menyembah kearah kiblat yang satu. Datang dari tempat yang sama. Asal keturunan juga sama. 

Bukankah Allah dah menetapkan janji-Nya, janji yang pasti dipenuhi kerana Allah adalah pemengang janji yang Maha Adil. Syurga itu adalah kenikmatan yang tak terbayang oleh manusia dan tak terungkai oleh makhluk-Nya. Didalamnya terdapat pohon-pohon yang teduh dan mengalir sungai-sungai yang perlbagai perisa dan warna. Masih tak cukup? disana juga ada khemah untuk kita yang terlalu indah. 

Mungkin ada lelaki yang berkata "ah..semua perempuan sama saja,boleh dipegang dan boleh dirasa ". Maaf dipinta wahai sang perkasa yang bergelar lelaki, Allah telah menjanjikan nikmat syurga kepada kalian semua dan disana terdapat bidadari-bidadari yang menunggu kalian. Hanya kalian yang boleh menyentuh mereka dan mereka milik kalian. Tetapi INGAT! setiap kenikmatan ada perjanjian. Selaku lelaki, kalian TAK BERHAK menyentuhi mana-mana wanita yang bukan muhrim!. Dan kalian perlu menjaga wanita dari sebarang ancaman. Kerana wanita adalah kaum yang lemah.

Bagi wanita pula mungkin bertinta "kita kalau tak melawa takde laki yang nak, nanti jadi andartu..". Maaf wahai jiwa yang lembut yang dikenali sebagai wanita, Maha Pencipta yang menetapkan urusan kita. Jodoh didunia hanya seketika tetapi jodoh disyurga kekal selamanya. Jangan pernah risau jika tiada yang mendatang. Kerana Allah telah menjanjikan Wanita MULIA adalah ketua bidadari syurga. Jangan gundah jika tiada lelaki yang menjadi suami didunia. Kerana kalian boleh memilih salah seorang dari mana-mana lelaki penghuni syurga dan Allah sendiri akan menikahkan kalian nanti disana. Tetapi setiap perjanjian memerlukan PENGORBANAN. 

Jaga kehormatan dan nilai dirimu wahai wanita. Kerana kalian adalah permata. Lembut kalian bukan pemusnah jiwa tetapi pengubat hati yang lara. Jangan pernah lemaskan diri dengan fitnah dunia kerana ia akan menzalimi jiwa. Kalian adalah mutiara yang indah dipandang mata.

Wahai lelaki bukankah kalian gagah dan perkasa? gunakanlah ia untuk melindungi kaum hawa. Lawanlah nafsu kalian kerana ia sebahagian dari perjuangan. Lelaki yang gagah bukan lelaki yang memiliki wanita simpanan tetapi lelaki yang melindungi wanita dengan jalan yang diredhai-Nya.

Sampai disini dahulu hati bercanda, Maaf dipinta jika ada yang terasa. Hanya nukilan dan bisikan isi hati sebagai seorang pemerhati. Semoga Allah merahmati segala bait dan nukilan hati ini..

3 comments:

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

emm..pergaulan bebas lelaki perempuan tu susah nak elak zaman sekarang kan..pegi belajar..pegi kerja..naik bas..naik LRT..tak kira mana²lah..jd bila nak terjatuh cinta tu senang sgt..yg penting jd lelaki kenalah jd lelaki yg pandai menjaga maruah wanita dan menghormatinya..jd perempuan pulak kenalah kuat menjaga iman..org kat tepuk sebelah tgn x berbunyi..

Unknown said...

betoi...saya sokong!!!!!

aLoNg.... said...

like this entry...

Post a Comment

Budak Baik Cakap