Search This Blog

Cerita cinta rahsia

BismillahiRahmaniRahim..

C.I.N.T.A

Benar jodoh pertemuan ditangan Allah. Perasaan cinta itu adalah satu perasaan yang sangat suci. Ia manis bak madu dan juga bercampur sedikit pahit. Dan itulah perasaan yang terpendam dalam hati Darjeeling sekarang. Aaa..bukan cinta2 kekasih tu. Ni cinta pada persahabatan.

Kenapa darjeeling cakap terpendam?. hm..

Sebab darjeeling takut untuk berdepan dengan perasaan tu. Inilah pertama kali untuk darjeeling memulakan cerita cinta(macam tak percaya). Haha..memang sebelum ni hati darjeeling susah untuk menerima 'cinta' dari seorang lelaki. Tetapi untuk kali ini, ALLAH menganugerahkan seorang dari hambaNya datang mengetuk pintu hati darjeeling. Babak pertemuan yang tanpa disangka-sangka. Ah..! susah menduga Rahsia ALLAH..

Mungkin hanya setakat persahabatan. Kerana dia layak dapat yang lebih baik. Jadi perasaan cinta ni biarlah tersimpan ditempat yang paling dalam di dalam hati darjeeling. Perasaan yang sangat indah. Mencintai tanpa pernah melafazkan perasaan cinta. Tetapan ALLAH itu lebih baik daripada tetapan manusia. Ikhlas dari diri darjeeling ingin rasanya melihat dia bahagia. Ia adalah satu kebahagian yang paling istimewa untuk darjeeling.

Banyak perkara yang darjeeling lupa. Terlalu banyak perkara yang darjeeling tak mampu ingat tentang diri dia. Hanya perasaan istimewa ini sahaja yang darjeeling tak pernah lupa. Jadi biarlah perasaan ini tersimpan didalam diri darjeeling tanpa pengetahuan dia. Pelikkan perasaan manusia.

Dan sebenarnya bukan cinta pada kekasih..tetapi cinta dan kasih pada tali persahabatn. Sungguh betapa sayang saya pada persahabatan ini. Moga cinta ini sampai dan moga masih ditemukan dia disana sebagai sahabat yang setia, Aminn


No comments:

Post a Comment

Budak Baik Cakap