Copyright : calerLuna |
Hari ni is Sunday tapi Luna kena keja jugak. Well that is my turn to working on weekend.
Sebab ari ni ari Ahad so cases yang masuk pon takde la kan. So...ape lagi
Chicken Chop Black paper souse with Salad |
Ice Lemon Tea & Orange Twister |
Desire : Cheese Cake blueberry with Ice Cream |
Tea Farm |
Kindergarden kids |
Me.CalerLuna |
Tea Farm upstairs |
Mr. BerryBoy & Ms. BerryGurlz |
Perfect Match! |
in this life that i had
facing with inherited situations
along with hippocrates people
its so hard to thinking..
in this jurney that i walk on
facing with many types of people
whatever the good thing i have done
it change to bad thing. Completely.
do you know why?..
because people have different shape of hearts!
but there is a good thing about that...
i realize that how good we want to be we'll never be good on the people eyes.
Lucky,for this time being. It better for me to be myself. That is very good things in my whole life
Terjaga dari lena
Bersandar rapat dipenjuru bilik
Tarik nafas dalam
Mata rapat tertutup
Dingin mengisi di segenap tubuh kerdil
Perlahan nafas dihembus
Tersekat. Pedih. Sakit.
Mata dibuka
Kosong. Sepi. Bersendiri.
Tangan digengam kuat
Menahan air jernih dari kelopak mata
Tertanya-tanya
Tidak ada bahu kah untukku bersandar
Walaupun hanya seketika
Dimanakah dapat aku mencari bahu itu
Kerana aku juga insan yang memerlukannya
Nafas dihela deras
Sia-sia menjalar dihati
Cuba berdiri dari penjuru itu
Mencuba bertatih kembali sendirian
Salahkah aku
Mencari tempat untukku mencerita kisah duka
Salahkah aku
Memilih jalanku sendiri untuk bahagia
Salahkah aku
Menjadi diri aku yang nyata
Salahkan aku
Ingin melihat mereka bahagia
Salahkah aku
Menghulur tanganku tika ia diperlukan
Salahkah aku
Meminjamkan bahuku untuk disandar
Hanya seketika cuma
Untukku menghela nafas
Hanya seketika.....
Langkah terhenti
Wudhuk setia menjadi peneman
Gagahkan diri untuk berdiri
Rukuk.Sujud.
Benarlah..pengaduan hanya pada DIA
Dari tirai hidup yang berliku
Ketenangan terselit disebalik gelap malam
Mata dipejam nafas ditarik perlahan
Tenang muncul disegenak jiwa
Tersenyum sendiri
Aku bukan bersendiri
DIA sentiasa ada
Segala puji hanya pada DIA
lafaz kalimah mengambarkan rasa..
Hasbunallah wanikmal wakil..
Nikmal maula wanikman nasir..
_bisikHati_
Assalamualaikum. dan pagi semua..
Hari ini hari last saya di sini. Pas dari hari ni memang takde lah kewujudan saya di opis ni lagi.
sangat terharu dengan segala hadiah dan segala macam sambutan (mcm nk btunang)..ahaha anyway thanks to mereka sebab surprise kan kite...
Pintu masuk Istana Negara |
Depan Istana Negara |
Salam Jumaat semua..
haha,pagi tadi tengah sedap drive ke office tetibe teringat yang saya kekurangan satu benda penting. Cer teka ape dia. Sape teka betol saya bagi seposen. Haaha..just kidding.
Tengah dok pikir. Ting..!! baru sedar. Cincin ilang(mak bagi). Bile tengah dok ingat balik last pakai adalah sebelum tido semalam. Okie..debar disitu. Dalam hati dok cakap "Manala aku letak malam tadi ye?".
Bila dah sampai opis. Tak dan matikan enjin, terus lah beg jadik mangsa geledah. Abis sume barang yang dok dalam beg tuh saya tabur atas kusyen.
Banyak syiling dan brushes. haha so kena la main carik barang tersembunyi. Nasib baik jumpe. Fuhh....lega rasa.
ps: so pengajarannya jangan letak merata barang yang penting!..nasihat untuk anda dan diri sendiri.
Sifu Google |
Sifu google |
Kepada Sang Pemuda(seorang dia)...
Terima kasih kepada awak kerana sudi singgah kehalaman hidup saya. Awak sahabat saya yang sangat istimewa (anugerah dari DIA). Mungkin banyak persoalan awak terhadap saya. Dan salah satunya tentang cinta dan perasaan.
Kenapa tidak pernah saya lafazkan cinta?.
Jawapannya senang. Kerana hati ini bukan milik saya. Ia mempunyai Pemilik Kekal yang Abadi. DIA yang ciptakan dan anugerahkan kita 'hati'. Suatu anugerah besar selepas akal. Jadi biarlah perasaan cinta ini saya pendam dan simpan elok-elok. Bila waktu itu datang, cinta ini akan saya jadikan sebagai salah satu hadiah hantaran. Dan bukan hanya di dunia bahkan hingga ke akhirat hendaknya. InshaAllah.
'Cinta itu buta'.
Saya bukan seorang yang baik, lemah lembut, sopan satun dan bukan juga orang yang tinggi budi bahasa (dan sewaktu dengannya). Tapi saya mengimpikan sebuah ikatan yang bahagia hingga bertemu dengan Allah.
Bukan 'uztaz' yang saya harapkan kerana saya bukan seorang 'ustazah'. Bukan 'hartawan' yang saya minta kerana harta bukan segalanya. Bukan orang terkenal yang saya impikan kerana saya lebih selesa sederhana.
Saya perlukan seorang yang akan berjalan bersama dengan saya menempuh liku hidup. Seorang yang tidak akan pernah biarkan saya hanyut dalam sungai dosa dan noda. Seorang yang ada disisi saya dalam apa jua realiti kehidupan. Orang yang dapat menerima segala kelemahan saya dan siapa diri saya.
Saudara, Saya tidak pernah bisa menghalang apa-apa perasaan kamu terhadap saya, Tetapi saya juga tidak mahu memaksa perasaan saya terhadap kamu. Biarlah ia lahir dari keizinan Allah. Jika takdir tertulis awak lah orangnya maka cinta dan segalanya untuk awak..tapi jika takdir adalah sebaliknya, percayalah di luar sana ada yang lebih baik untuk awak.
Saya harap saudara paham luahan saya. Sekian coretan nota kecik untuk awak. Wassalam.
Yang Benar,
Seorang Aku
(nota kecil buat si dia)
alo...takotnya nak kasik resign letter ni kat Mr.Boss. Semua staff tak tahu saya nak resign. Hurm..bukan tak suka kerja dengan korang tapi I got a better offer. Why not I go. Networking is my major,so I need to do what match with me. Otherwise all of my knowledge during my studies become waste...moga semua akan okie.
Deco Simple and peace |
Snap! Meatball Ikea |
licin kami makan |
Ya Allah..DIA memang banyak kejutan. Arini Darjeeling dapat whatapps dari classmate suruh Darjeeling check status permohonan masuk ke UTM part time degree. So Darjeeling check la. Then... SUPRISEEEEEE.. dapat!. Alhamdulillah wa syukurillah..
Ya Allah, dalam usia setahun jagung ni Engkau memberikan nikmat dan rahmatMu kepada hambaMu yang hina ini..Tiada yang dapat menandingi kuasaMu Tuhan yang Maha Mengetahui isi hati hambaNya.
Kepada yang dapat tawaran macam Darjeeling
tahniahhhhh...kepada yang kurang bernasib baik..takpe,cuba lagi..Darjeeling sokong kamu...