Berlari sekuat hati
Tanpa menoleh kebelakang walau sesaat
Berlari dalam ketakutan
Tidak pernah peduli dengan keletihan itu
Tidak pernah berhenti untuk menghela nafas
Biar air jernih keluar dari mata ini
Aku akan terus berlari
Berlari.....terus berlari
Kerana..aku ketakutan
Keseorangan..
Silam yang mengerikan itu
Gelap yang pernah menyelubungiku
Permainan yang menakutkan
Persimpangan yang curam
Aku tidak mahu kembali ke masa itu lagi
Aku tidak mahu hidup didalam kisah itu lagi
Aku tidak mahu mengulangi silam yang perit itu
Berlari..walau lelah
walau lemah
walau tiada daya
kerana hanya satu yang aku pasti
Di hadapan sana akan ada cahaya di sebalik kegelapan itu
Dan aku tidak akan membiarkan kegelapan itu menyelubungiku
Cahaya..pasti akan ku temui..Pasti
No comments:
Post a Comment
Budak Baik Cakap