Sekian kali berbicara tentang cabaran hidup di dunia. Yes, life is not as easy as breathing.
Kita seringkali mengeluh ketika diberi sedikit ujian. Sering berputus-asa ketika dikecewakan.
Kita juga sering merasa berseorangan ketika susah.
TIDAK! Sama sekali tidak!.
Letaklah telapak tangan kita didada.
Pejamkan mata.
Rasai degupan jantung kita.
Selami degupan serta keluar masuk nafas kita.
Degupan yang mempunyai irama yang sama dan rentak yang serupa.
Nikmatilah dan berfikirlah..."Siapakah yang menciptakannya..?"
Rasailah kehadiran Pencipta kita disetiap degupan itu.
Memang kita tidak dapat melihat DIA. Tapi kita dapat merasai adanya DIA. Sentiasa disamping kita.
Sempurna bukan? CiptaanNya sememang sempurna. Subhanallah.
Jadi jangan biarkan perasaan itu menguasai kita. Kerana kita yang perlu mengawal perasaan.
Jika terasa keseorangan. Jangan biar diri dihanyut hasutan syaitan durjana.
Tenangkan diri.
Pejamlah mata.
Rasai degupan jantung kita dan ucaplah....
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ (Hasbunallahu wa ni`mal Wakil)
"Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).”
Cukuplah Allah SWT bagi kita. Hanya DIA yang terbaik. Mengadulah, berceritalah, merintihlah dan menangislah kepada DIA. Walau dengan bahasa apa sekalipun. DIA Maha Mengerti kerana DIA yang menciptakan kita dan berbalik kepada DIA lah segala pengaduan kita.
That's all is from my mother who's taught me to stay strong. And this is indirect lesson subject from Allah SWT.
**p/s: I'm not the kind of Muslimah who are brave enough to fighting. I am not a loyal servant to perform his order and leave the prohibitions. I am just an ordinary girl who had parents who always taught me the meaning of "Kehidupan dunia untuk jalan ke Syurga".
No comments:
Post a Comment
Budak Baik Cakap