Search This Blog

Pilih Sahabat Atau Musuh

Assalamualaikum semua..

Pesanan Mak,
"Pilih Sahabat Atau Musuh"
 Mak cakap, "Dunia ini Allah kasi kita 2 pilihan dalam hubungan. Samada bersahabat atau bermusuh dengannya. Kalau kita pilih untuk bermusuh dengannya, kita sentiasa akan rugi. Kalau kita memilih untuk bersahabat dengannya, Allah beri kebahagian walau pahit pada permulaan".

Contohnya, Allah datangkan seorang yang membenci kita. Menghina dan bercakap buruk tentang kita. "Alhamdulillah" dalam hati. Sebab dia mengingatkan kita yang
kita hamba, manusia yang tak sempurna. Dia nampak keburukan kita. Dan kita bersahabat/berkawan dengannya...maka kita tahu keburukan kita. Dan..semestinya kita boleh memperbaikinya.

Sebaliknya, jika kita bermusuh dengan orang yang memburukkan kita. Hati kita jadi hitam hingga takkan nampak kelemahan kita sendiri. Nampak tak bahayanya disitu...? Bila kita tak nampak salah kita dan hanya nampak salah mereka yang memburukkan kita. Bukan ke kita juga sama tergolong seperti mereka..? Sama taraf buruknya.Nauzubillah..

Walau seburuk mana seseorang itu, pasti ada tersembunyi sedikit kebaikan pada dirinya.
Walau semolek mana seseorang itu, pasti terpalit sedikit kelemahan dirinya.
Sebab itu kita sentiasa kena ingatkan diri sendiri dan orang keliling kita..
"We are human being, and every human being is never been perfect"
(kita manusia biasa dan manusia biasa tidak akan pernah sempurna) 
Setiap sesuatu yang Allah datangkan pada kita itu mesti ada asbab musabab yang tertentu. Samada mendatangkan kebaikan pada kita, atau menjadi pengajaran dalam hidup kita. So tak payah la create musuh kat dunia ni. Cuba bayangkkan kita bermusuh dengan seseorang, one day after 10 years...anak dia dengan anak kita berkenalan dan nak kawen. Haaa time tu kita terjumpa balik musuh lama. So takkan kita nak keturunan kita mewarisi masalah kita yang agak kurang waras tu. Fikirkan...

Mak ada cakap sesuatu yang sampai sekarang saya pahat dalam hati. Dan akan terpahat sampai bila-bila.
"Dari kita bermusuh dengan manusia, baik kita bersahabat dengan mereka kerana Allah. Dari kita main tolak-tolak musuh kita dengan kita sekali masuk neraka. Baik la kita beriringan berpegangan tangan dengan sahabat-sahabat kita tolong menolong masuk syurga. Syurga Allah itu seluasnya. Nabi Adam a.s pon Allah bagi temannya Siti Hawa. Jadi...kita ni yang kerdil kena la bawak teman-teman kita memeriahkan syurga Allah s.w.t. Betul tak..?"

Ku doakan kalian pembaca sebagai sahabat didunia agar sentiasa bahagia hingga akhirnya...Peace!

No comments:

Post a Comment

Budak Baik Cakap