Sejak hari pertama saya diterima bekerja beberapa tahun lepas. Kilang.
Mak pesan "Semua yang kita buat tu berdasarkan niat....elok niat kita berlandaskan agama, inshaAllah elok Allah aturkan jalan kedepan."
Jadi sejak itu saya pasakkan niat "Segala apa yang aku buat adalah untuk belajar memperbaiki diri dan mendatangkan kebaikan kepada insan2. Di dunia dan akhirat."
Dari kilang melangkah ke workshop. Demi menimba ilmu sementara masih ada nyawa. Akal masih waras. Kedai makan pernah menjadi salah satu tempat menimba ilmu. Bukan datang untuk menjamu makanan, tapi jadi pembasuh pinggan. Belajar.
Kerja ladang kelapa sawit bila cuti sekolah atau cuti semestar. Kerja car wash, mencuci kereta mewah-mewah jua pernah dirasai. Belajar.
Rezeki Tuhan itu seluas alam. Keras bekerja siang malam. Dia lempar saya jauh ke kuantan. Seorang diri. Alhamdulillah, Dia datangkan insan-insan yang baik budi. Saling tolong menolong ibarat saudara sendiri. Belajar.
Dalam mengejar impian, Tuhan kasi jalan. Nah bertapak di tengah kotaraya. Berdikit-dikit belajar. Jatuh bangun semula. Menangis sendiri. Merangkak. Masih belajar.
Tapi Tuhan tak kejam. Dia datangkan sebuah taman. Penuh dengan manusia sebenar yang menjadi sahabat. Belajar saling menyayangi. Saling menasihati. Saling menghormati. Tak ada pura-pura. Semua manusia biasa-biasa. Tapi cukup istimewa kerana tak pernah rasa rimas dan benci. Suka duka dikongsi. yang biasa itu jadi luar biasa. Kerana istimewa.
Sesaat akan datang masih belum tiba. Jadi saya takkan tahu rencana Dia. Yang saya pasti dan amat pasti. Ujian pasti akan ada lagi. Dan Allah sentiasa disisi..InshaAllah.
No comments:
Post a Comment
Budak Baik Cakap