Search This Blog

Ya Allah Selamatkanlah Gadis Itu

Dahulu dia seorang anak yang taat perintah-Mu
Dahulu dia seorang yang mendengar kata ibu bapa
Dahulu dia menjadi penunggu setia abang dan kakak
Dahulu dia peneman tidur adik-adiknya

Ya Tuhan, Selamatkanlah dia dari segala bencana
Selamatkan dia dari segala fitnah dan dusta
Selamatkan dia dari aniaya manusia
Selamatkan dia dari azab kubur dan neraka

Tuhanku, Engkau menyukai orang yang penyayang
Cintailah dia kerana cintanya hanya pada-Mu
Berkatilah dia kerana ingatannya sentiasa pada-MU
Peliharalah kebajikannya kerana dia menjaga kebajikan kami

Dia seorang gadis yang periang
Merawat duka mereka yang derita
Dia tabah menempuh segala ujian dari-Mu
Dia sabar melayari bahtera hidup nan berliku

Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Dia adalah INSAN yang telah Engkau anugerah padaku
Dia IBU yang melahirkanku kedunia
Dia mendidik dan memimpinku tanpa jemu


Sesungguhnya dialah kekasih yang sangat setia
Menanti dan menunggu panggilan istimewa dari-Mu
Biar mati itu sakit tetapi kasih-Mu penawarnya
Dia kekasih yang menyintai suaminya kerana-Mu

Andai telah ditakdirkan maut itu datang
Engkau ambillah dia kembali kesisi-Mu
Dengan rahmat dan kurnia-Mu
Jauhilah dia dari api yang membahang itu

Tempatkanlah dia bersama hamba-Mu 
Yang soleh dan taat kepada-Mu
Pertemukanlah kami di Hari itu nanti
Dengan rahmat dan berkat-Mu Ya Rabbi

Terima kasih kerana menemukanku
Dengan seorang IBU yang menjadi teman
Sahabat, Musuh dan kekasih dihati ini
Jika ditanya siapa yang teristimewa dihatiku

Maka jawapannya adalah Seorang Dia yang bergelar ibu...