Search This Blog

Salahkah aku

Terjaga dari lena
Bersandar rapat dipenjuru bilik
Tarik nafas dalam
Mata rapat tertutup
Dingin mengisi di segenap tubuh kerdil

Perlahan nafas dihembus
Tersekat. Pedih. Sakit.
Mata dibuka
Kosong. Sepi. Bersendiri.
Tangan digengam kuat
Menahan air jernih dari kelopak mata

Tertanya-tanya
Tidak ada bahu kah untukku bersandar
Walaupun hanya seketika
Dimanakah dapat aku mencari bahu itu
Kerana aku juga insan yang memerlukannya

Nafas dihela deras
Sia-sia menjalar dihati
Cuba berdiri dari penjuru itu
Mencuba bertatih kembali sendirian

Salahkah aku
Mencari tempat untukku mencerita kisah duka
Salahkah aku
Memilih jalanku sendiri untuk bahagia
Salahkah aku
Menjadi diri aku yang nyata
Salahkan aku
Ingin melihat mereka bahagia
Salahkah aku
Menghulur tanganku tika ia diperlukan
Salahkah aku
Meminjamkan bahuku untuk disandar

Hanya seketika cuma
Untukku menghela nafas
Hanya seketika.....

Langkah terhenti
Wudhuk setia menjadi peneman
Gagahkan diri untuk berdiri
Rukuk.Sujud.

Benarlah..pengaduan hanya pada DIA
Dari tirai hidup yang berliku
Ketenangan terselit disebalik gelap malam

Mata dipejam nafas ditarik perlahan
Tenang muncul disegenak jiwa
Tersenyum sendiri
Aku bukan bersendiri
DIA sentiasa ada
Segala puji hanya pada DIA
lafaz kalimah mengambarkan rasa..

Hasbunallah wanikmal wakil..
Nikmal maula wanikman nasir..

_bisikHati_