Search This Blog

Who First Love?

Assalamualaikum reader..

Bercerita tentang 'first' memang banyak dalam hidup kita kan?. Macam contohnya:-

  • 1st car
  • 1st time masuk skolah
  • 1st time kena marah
  • 1st hangout
  • 1st handphone
  • 1st gaji
  • 1st barang yang dibeli dengan duit sendiri

Dan lagi dan lagi lagi... banyak la cerita pasal 'first'. Yang paling famous dan popular yang selalu diceritakan adalah..
"Who is your first LOVE?"

Bila bercerita bab cinta antara perempuan dan lelaki mesti semua pernah mengalami or
sedang or akan mengalami. Luna selalu diajukan soalan seperti "Dah ada boyfriend?" @ "Boyfriend orang mana?" @ "Tak gi dating ke cuti-cuti ni?". Dan jawapannya tetap dengan senyuman. "InshaAllah ada".

Kolot ke kalau usia 20an dan ke atas tak pernah bercinta?. Memang benar yang hati kita sangat lembut dan fitrah manusia membuatkan kita mahu mempunyai orang yang dicinta dan mahu dicintai kembali. Tambah pula dengan usia matang, kerjaya yang sempurna, kelengkapan diri yang cukup dan segalanya dilihat sangat sempurna.

Tapi..bukankah cinta itu satu anugerah dari Allah kepada kita. Dan semestinya anugerah itu sangat istimewa. Jadi..tak salah jika ada yang menyimpan perasaan cinta dalam hatinya untuk seseorang yang benar-benar istemewa. Untuk dicintai dan mencintai bukan hanya didunia tapi hingga sampai ke syurga.

Dalam berjuta manusia yang kita kenali, hanya satu akan menjadi pemilik kunci hati untuk membuka pintu cinta. Bukan semua boleh menunggu dan terus menunggu cinta. Jadi janganlah kita menjengkil dan memandang rendah pada mereka yang tidak pernah bercinta. Mereka bukan sombong tapi mungkin masih belum tiba masanya untuk mereka memberi kunci hati mereka dan mungkin masih belum betul-betul kuat untuk melafazkan "I LOVE U"kepada pemilik hatinya. Doakan mereka bertemu cinta yang sebenar-benar cinta.

'Cinta yang sebenar-benar cinta itu terlalu mahal hingga hanya yang benar-benar ikhlas berusaha akan mendapat kesempurnaan cinta.'

No comments:

Post a Comment

Budak Baik Cakap