Search This Blog

Rindu Serindu Rindunya

Assalamualaikum semua makhluk Tuhan yang cantik dan kacak..


Tengok tajuk kemain kan. Hokei harini nak cakap pasal R.I.N.D.U ..
Saya tahu bersepah quote of courage pasal rindu ni kat internet. Tapi dalam banyak pepatah kat dunia ni, saya lagi suka bila Mak saya bermadah.



Saya pernah tanya Mak... "Mak, kenapa Allah jarakkan kita ye. Saya selalu tahan hati sebab sakit rindu dekat Mak Ayah. Dari sekolah menengah sampai la sekarang dah kerja ni...Allah jarakkan kita. Nak sangat bukak mata setiap pagi, peluk Mak cium pipi Ayah, buat sarapan sesama, makan tengahari sama, berkebun sama, kemas rumah sama, suap Mak, lap peluh Ayah. Tapi....Allah tak izinkan itu." Masa tu mula la air mata bukan main nak keluar.

Tapi.....Mak saya pandai pujuk.

Mak pesan.. "Allah tahu dah harapan dan hasrat hambaNya sebelum kita berkata. Tapi kerana dunia ini tempat kita diuji jadi...Allah jarakkan kita untuk kita belajar bersendiri dan rajin mengadu pada DIA. Untuk menguatkan kasih cinta sesama insan dalam kejauhan. Rindu itu fitrah. Kirimkan surat cinta dan rindu kita pada orang yang kita cinta melalui doa dan air mata. Bukan melalui Whatapp dan internet sahaja. Belajar mencintai tanpa mengharapkan di balas dengan cinta. Itu lebih bahagia dan itu lah cinta yang sempurna. Jangan mengeluh ye syg Mak ni..sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk semua hambaNya."

Nak tahu...madah Mak buat saya terdiam.

Betul, kita manusia suka mengeluh. Sebab itu kita memerlukan org sekeliling untuk mengingatkan apa yang kita lupa, Allahu...biarku simpan rindu ini sampai bertemu disana. Ingin ku cerita pada semua bahawa rindu adalah perasaan suci yang Allah titip pada hati manusia.

So jangan salahkan takdir kenapa kita rindu...kerana DIA nak ajar kita kuatkan rasa kasih.