Search This Blog

Diajar Bersyukur

Allahu...Allahu..Allahu...

Tuhan Maha Satu Maha Adil keatas setiap sesuatu
Aku diajar rasa bersyukur dari manusia-manusia alpa
Aku diajar bersabar dari ujian yang melanda
Aku diajar diam dari amarah
Aku diajar supaya tabah menjadi hamba
Aku diajar tenang dalam kalut jiwa
Aku diajar berpaksikan hanya DIA

Syukur itu indah...sabar itu taman yang dipenuhi haruman bunga

Bunga mekar dalam jiwa dipanggil kasih dan sayang dan juga cinta

Dunia pentingkan harta
Manusia mengejar mewah dunia
Syaitan membisik menghasut minda
Tak cukup rezeki yang kau ada
Tak cukup apa yang mereka jaja
Tak adil mereka pada kita
Bisikan demi bisikan menerpa
Hingga manusia lupa pada doa
Senjata utama manusia hamba

Rezeki itu aturan Tuhan
Bukan hanya berbentuk harta
Bukan hanya duit semata
Sahabat handai juga rezeki kita
Ketenangan dan damai juga termasuk darinya

Muhasabah...
Jika kau rasa tak dunia tak adil
Adilkah engkau pada Tuhan
Pada keluarga jua pada diri sendiri

Kalau kau rasa harta tidak mencukupi
Kenapa tidak engkau berusaha 
Dari merungut sini sana
Mungkin usaha kita belum cukup
Dan mungkin redha Tuhan belum penuh
Belajar bersyukur dari setiap nikmatnya
Dan itu petua cukup rezeki

Muhasabah.....kita hanya manusia lemah
Muhasabah......syukur dengan nikmat Tuhan 

Suatu hari pasti tuhan anugerahi
Rahmat petunjuk atas diri
Menjadi hamba yang diredhai
Bila tugas dianggap amanah
Dan amanah dijalankan dengan rendah diri
Jihad.....itu lah yang sangat bererti


Insan

Saya suka lagu Insan by Yantzen. Kenapa?...

Sebab liriknya yang penuh makna. Kiasan yang menusuk dalam jiwa.
Sebab saya dengar lagu berdasarkan liriknya. Kena dengan jiwa kena dengan realiti.
Yang bawak pada kenyataan bukan terbang dalam fantasi.


Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Dunia 4 dimensi

Mereka bilang aku garang
Mereka cakap kita temberang
Mereka tuduh buta tuli
Tembak rambang suka suki

Sembang lah...
Mereka macam bentuk tiga segi
Cuma nampak kanan dan kiri
Maklum saja macam tahu takdir diri
Masa tu kan diorang set sendiri
Tahu bila hidup dan sampai bila nak mati

Kata mereka melaung..
Aku hidup kejar harta
Aku lupa ahli keluarga
Aku tak pernah merana
Aku berjaya kerana harga
Aku tak payah berusaha
Aku manusia bertuah nyawa
Aku penting diri saja
Aku.... Aku...aku...
Yang buruk layaknya

Kata aku dalam diam..
Alhamdulillah.. Aku panjatkan
Nyawa aku dari Tuhan
Harta aku milik Tuhan
Susah aku ujian Tuhan
Berjaya aku anugerah Tuhan
Akal itu aku gunakan
Kerna setiap sesuatu milik Tuhan
Tuhan...tuhan...tuhan..
Dia yang merancang aturan
Manusia luar sana cuma terlupa
Tuhan itu raja
Biarlah mereka sendiri rasa
Yang mereka cuma manusia

Dunia empat dimensi
Penuh dengan situasi
Moga jadi pengajaran
Dan hidup berpaksi Tuhan

Manusia Biasa Biasa

Pesan Mak "Tuhan letakkan kita pada sesuatu mungkin sebab kita sesuai disitu....mungkin hanya kita yang layak untuk menerima ujian seperti itu."

Sejak hari pertama saya diterima bekerja beberapa tahun lepas. Kilang.

Mak pesan "Semua yang kita buat tu berdasarkan niat....elok niat kita berlandaskan agama, inshaAllah elok Allah aturkan jalan kedepan."

Jadi sejak itu saya pasakkan niat "Segala apa yang aku buat adalah untuk belajar memperbaiki diri dan mendatangkan kebaikan kepada insan2. Di dunia dan akhirat."

Dari kilang melangkah ke workshop. Demi menimba ilmu sementara masih ada nyawa. Akal masih waras. Kedai makan pernah menjadi salah satu tempat menimba ilmu. Bukan datang untuk menjamu makanan, tapi jadi pembasuh pinggan. Belajar.

Kerja ladang kelapa sawit bila cuti sekolah atau cuti semestar. Kerja car wash, mencuci kereta mewah-mewah jua pernah dirasai. Belajar.

Rezeki Tuhan itu seluas alam. Keras bekerja siang malam. Dia lempar saya jauh ke kuantan. Seorang diri. Alhamdulillah, Dia datangkan insan-insan yang baik budi. Saling tolong menolong ibarat saudara sendiri. Belajar.

Dalam mengejar impian, Tuhan kasi jalan. Nah bertapak di tengah kotaraya. Berdikit-dikit belajar. Jatuh bangun semula. Menangis sendiri. Merangkak. Masih belajar.

Tapi Tuhan tak kejam. Dia datangkan sebuah taman. Penuh dengan manusia sebenar yang menjadi sahabat. Belajar saling menyayangi. Saling menasihati. Saling menghormati. Tak ada pura-pura. Semua manusia biasa-biasa. Tapi cukup istimewa kerana tak pernah rasa rimas dan benci. Suka duka dikongsi. yang biasa itu jadi luar biasa. Kerana istimewa.

Sesaat akan datang masih belum tiba. Jadi saya takkan tahu rencana Dia. Yang saya pasti dan amat pasti. Ujian pasti akan ada lagi. Dan Allah sentiasa disisi..InshaAllah.


Wahai Purnama

Ya Badrotim..Purnama yang indah

Nun jauh di hujung hati ingin mencari purnama
Bagaimana nak ku luahkan dengan kata-kata
Bila segala kebatilan itu terserlah

Aku punya impian kecil untuk berjihad
Tuhan beri aku tugas besar sebagai amanah
Aku selemah hamba gentar seluruh jiwa
Apa akan aku jawab bila malaikat bertubi menyoal

Layakkah aku memandang selintas syurga Tuhan
Apakah tugas ini akan di timbangkira menjadi jihad
Mampukah langkahku menarik kebenaran
Sedang berduyun seangkatanku menegakkan kebatilan

Wahai Purnama
Tenang dan damai pabila aku merenungmu
Tertanya dalam monolog diri
Mampukan aku sekecil semut ini mengemudi bahtera
Sepertimu mampu sinari alam dengan walau cahaya kelam

Medan perang ini ku rasa kerdil
Dengan hanya sahabat sebagai teman juang
Dan kemanusiaan sebagai senjata perang
Biar tewas dan gugur berperang dari lari undurkan diri

~coretan seorang aku~

Jangan Cakap Pandai



Hei kawan..
Kau tak ada dalam cerita aku dulu
waktu aku karang kisah hari ini
kau cuma watak yang sekarang
tak pasti akan terpalit 'engkau' 
dalam cerita aku atau mungkin tak

Ingat..
Kau tak ada masa aku sendu pilu
Masa semua manusia bentangkan khilaf aku
Waktu iblis cuba tutup kisah benar itu
Masa tu aku jatuh lagi kena timpa beban
Masa tu aku hanya ada Tuhan

Jadi..
Jangan tahu cakap melambung
Berbahasa tinggi menggunung
kalau kau sendiri tak pernah rasa
apa itu orang kata hakikat derita
Bila sendiri di tindas masa tak daya

Cik kak..
Siapa aku sekarang itu yang kau nampak
Apa aku dulu kau tak kan pernah tahu
Sebab itu perit jerih seorang aku
Tak ada sebab untuk kau tahu
Melainkan kau juga pengembara 
Seperti aku....

Brader..
Dunia ni bukan kekal panjang
Mati tu bukan kita yang rancang
Kalau sendiri tak tahu hidup esok
Jangan cakap pandai menilai insan tu buruk
Ntah kau sendiri yang lagi teruk

Sahabat..
Buruk manusia jadi teladan
Baik manusia jadikan pedoman
Baru hidup tu punya iman
Jangan asyik nak ikut jalan setan

So...
Kalau kau tak tahan panas matahari
Mesti kau takkan tahan suatu hari nanti
Masa kita semua mati

Rahsia

Broga Hill

Hingap mesin ciptaan manusia
Kosong jiwa sesak dada
Kotaraya hutan besi dan kaca
Ronta...

Desak hati mencari nyawa
Yang hilang dalam terang
Hiruk pikuk manusia angkuh
Mendabik dada 'akulah raja'
Mual...

Rela aku mandi peluh
Rela aku panjat gunung
Demi mencari semangat sementara
Demi mencari diri aku siapa
Lelah...

Pergi jauh aku lari
Mengejar sesaat ilham diri
Baiki deria yang semakin mati
Jiwa manusia yang hampir punah
Parah...

Duduk aku sendirian termanggu
Menangis sendu dalam syahdu
Tuhan banyak tolong aku
Tak pernah Dia tinggal aku sendiri
Walau manusia buat begitu begini
Setia...

Demi satu jiwa
Demi rasa cinta
Demi satu rahsia
Demi aku seadanya
Demi nafas yang dihela
Larat aku jalan mengah aku berhenti
Rahsia tetap jadi rahsia
Rahsia....

Puisi Rindu Untukmu

Maaf kira lembaran ini buat kamu rasa rimas. Aku cuma manusia biasa yang punya rasa. Rindu..


Rindu...
Bukan salah aku berperasaan itu
Aku manusia bukan unta
Siapa gerangan itu rahsia
Rindu pada kisah bukan pada nama

Sang pujangga cinta..
Bukan aku reti bermadah helah
Cuma karangan yang tidak bertinta
Cukup untuk aku rasa
Aku ini masih manusia
Punya hati punya jiwa

Hey..manusia durja
Kita semua pendosa angkuh
Bait kata sombong dan bodoh
Sepertinya kitalah tuan dunia
Sedang nafas pinjaman sahaja

Aku cuma rindu..
Mengungkap kata syahdu dalam sendu
Tangis sendiri dalam kelam
Kerasnya jiwa yang paling dalam
Mengadu sakitnya dunia ini
Berasa tugas tidak diadili
Rindu..

Rindu...
Tawa mesra sahabat lama
Musuhku masa menghapus mereka
Jarak pisahkan manusia
Mereka bahagia aku lega
Cuma aku rindu....
Kerana aku tidak bersamamu

Aku terus merindu
Bayang wajah ibu
Raut tawa ayah
Suasana yang meriah
Dakap kucupan indah

Ah...air mata..
Takkan cukup merawat rasa mengubat jiwa
Cuma meneman aku seketika
Supaya tenang melangkah dalam dunia yang payah

Salam rindu dari diriku....



Kakak, majlis kawen awak dah dekat !

Coming soon..InshaAllah. Dah nak sampai masa kawen kakak saya!.
Cakap kat dia "Kakak, awak bakal kawen tak lama dah !"..tetibe dia peluk saya. Bila tanya kenapa, rupenye dia nebes. Haa..adikmu ini pun turut nebes skali. *hantukpale*


Hantaran paling simple sebab datangnya dari hasil tanganku yang tak berapa nak creative ini. Paham-paham jek la kalau senget-benget. Hahaha..nanti saya update semua projek kawin kakak saya.

Saya Pilih Awak

I'd still choose you
In hundred lifetimes
In hundred worlds
In any version of reality
I'd find you and i'd choose you.


Fakta Unik Tentang Nyamuk

Ramai menganggap bahawa semua jenis nyamuk adalah haiwan penghisap darah. Tahu tak yang sebenarnya darah bukan makanan utama untuk semua nyamuk.


Fakta menarik :-
  1. Hanya nyamuk betina yang menghisap darah semasa proses pembiakan (bertelur). Ini kerana nyamuk betina memerlukan sejumlah besar protein amino yang terdapat dalam darah.
  2. Darah bukan makanan utama nyamuk. Mereka lebih suka pada nextar dari bunga, madu dan sebagainya.
Kenapa nyamuk dikatakan penyebar penyakit?. Kerana Tuhan ciptakan mereka lengkap dengan senjata untuk melindungi mereka yang sangat kecil. 

Perkara unik tentang nyamuk :-
  1. Nyamuk betina mempunyai 100 mata diatas kepala, 48 gigi dan 3 jantung dengan setiap satu mempunyai organ lengkap. 
  2. Selain itu, seekor nyamuk mempunyai 6 pisau dibelalai yang mempunyai fungsi yang berbeza.
  3. Nyamuk mempunyai sejenis deria seperti infra merah yang membolehkan mereka mengesan kulit mangsa dalam keadaan gelap.
  4. Jarum suntikan nyamuk juga mempunyai fungsi bius yang membuatkan manusia tidak merasakan gigitannya. Manusia hanya akan menyedari gigitan nyamuk hanya apabila darah dihisap masuk kebadan nyamuk.
  5. Nyamuk akan mengeluarkan air liurnya bagi mengelak dari darah yang dihisap membeku. Seperti yang kita tahu, darah akan membeku apabila terdedah dengan udara bukan?.
  6. Apabila nyamuk 'kenyang' dan menarik jarum penyedutnya, air liur yang tertinggal dikulit manusia akan menyebabkan benjolan kecil yang gatal. 
Nampak betapa mahkluk kecil ini lengkap dengan senjata layaknya seperti berperang. Sungguh tiada siapa di dunia ini yang dapat menandingi ciptaan Allah s.w.t. Sekecil-kecil nyamuk boleh memudaratkan sebesar-besar manusia. Nyamuk juga ada diceritakan didalam Al-Quran. Unikkan ciptaan Tuhan. Subhanallah.

Resepi: Pancake Without Fresh Milk (Tanpa Susu Segar)


Pancake Without Fresh Milk (Tanpa Susu Segar)

Malas nak keluar beli makanan atau breakfast?*cakap pada diri sendiri.
Nak buat Pancake tapi takde susu segar sebab takut tak jadi?.
Jangan risau..nak buat senang je. Meh nengok cara nak buat pancake tanpa memerlukan susu segar tapi hasilnya still gebu gebas dan so yummeh!


Bahan-bahan :-

**2 cawan tepung gandum
**1 sudu besar baking powder
**2 sudu besar gula *atau ikut selera
**Secubit garam
3 biji telur grade A
2 sudu besar minyak zaitun *minyak masak pun boleh
1 sudu kecil estrak vanilla
Secawan air *optional
Sebuah telefon mudah alih *boleh gunakan handphone kalian

Cara-cara membuat :-
  1. Pecahkan telur kedalam bekas dan pukul sehingga sedikit berbuih
  2. Masukkan estrak vanilla dan minyak zaitun. Pukul sebati.
  3. Campurkan kesemua bahan kering bertanda ** kedalam bekas lain.
  4. Masukkan sedikit demi sedikit bahan basah yang dah pukul sebati tadi kedalam bahan kering.
  5. Gaul kesemua bahan sehingga sebati. Masukkan sedikit air jika adunan terlalu pekat. 
  6. Panaskan Non-stick pan dan boleh mula scope kan sesenduk kedalam kuali.
  7. Terbalikkan pancake bila buih gelembung dan mula naik dan pecah.
  8. Adunan ini boleh buat 5-6 pancake saiz sederhana.
Angkat dan sedia untuk makan. Okey bahan last Sebuah Telefon Mudah Alih itu kamu sendiri tahu nak buat apa kan. Tangkap gambar dan upload. hehe..

Ops...lupa, pancake ni bila angkat panas-panas letak butter atas dia dan tuang madu sedikit. Butter dan madu menghasilkan rasa yang sangat Walllaaaaa...Bon appetie!

**Jangan lupa ucap Alhamdulillah dengan rezeki Allah dan mulakan makan dengan Bismillah ye. hehe
 

Quote: Walk Your Own Life


Quote of courage today.


------
Teruskan hidup kamu sendiri
Dengan cara kamu sendiri
dan keputusan kamu sendiri
Kerana.KITA berada didalam
Cerita yang berbeza dan dengan
Tanda tangan kita yang tersendiri...




Gelap

Sinopsis GELAP:
Sekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. 'Private party' setiap tahun sudah menjadi satu tradisi.

Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertendang.

Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman.

Apakah yang mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini? _Penulis : Ariff Adly 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PS: Rating saya untuk novel GELAP 5 star!! Sebab jalan cerita dan kisah setiap kematian itu sangat menambah tanda tanya dan mengujakan. Senang cakap, tak sabar nak tahu helaian seterusnya. Hope penulis Ariff Adly hasilkan lagi cerita yang lebih mendebarkan dan membuat otak pembaca berfikir dalang disebalik setiap kejadian.

Terfikir......kalau la ada Director Melayu yang berani mengadaptasi novel ni jadi filem yang lebih kurang sama dengan FBI filem. Wah...!!! Solute lah!



Quote : It does not matter how slow you go..


Quote of courage today.


------
Perlahan manapun kamu berjalan, teruskan...jangan pernah berhenti dan putus asa.



Selamat Hari Lahir Awak

Today is her birthday..Arini hari jadi kawan baik saya. Saya selalu bahasakan diri dia as 'Makcik' and in return dia panggil saya 'Nenek' walaupun realiti nya dia tua dari saya. *dia tak boleh terima hakikat*.

So..sebab saya kena bertugas siang hari Ahad tadi, jadi sanggup berjaga tengah malam semata nak kasi present kat dia muffin chocolate chips with strawberry on top. Wah! Nak resepi ade kat Caler Kitchen taw.

Nah belanja gambar Muffin yangd a siap di decorate. Eheheh...



Apa ucapan...ok seperti selalunya ucapan hari jadi. Setiap doa mengiringi dan setiap harapan didoakan.
Bagi saya...syukur pada Allah kerana datangkan saya insan-insan seperti 'makcik' sy ni. Memahami..melayan kegilaan saya dan paling best is buat skali benda gila...hehe

Kita pegi mengembara sesama, belajar sesama, pegi redah carik air terjun sesama..Hakhak!



Taman Ni Cantik

Alam ni Allah cipta pelbagai benda dan pelbagai rupa bentuk. Pokok yang berjuta jenis. Burung yang berbagai warna. Bunga yang menawan rupa. Lagi hebat awan yang tiada tiang terapung diudara. Aneh, pelik, ajaibnya dunia ciptaan Allah kan.

Disebalik kesibukan dunia, Allah beri tempat yang mendamaikan seperti gunung-ganang, lautan, hutan belukar untuk manusia meneroka dan bukan untuk dimusnahkan ciptaanNya.

Baru ni Luna pergi ke Putrajaya, kat sana ada banyak taman. Jadi destinasi Luna adalah Saujana Hijau, Persint 11. Bila sampai Luna jerit kecil kat kawan Luna,
"Taman ni cantik....cantiknya, suka....!"
Cantik dan mengagumkan. Dijaga sepenuhnya. Mendaki bukit yang tak la setinggi mana tu boleh la lihat pemandangan Putrajaya. Indah! Subhanallah...

Sila abaikan muka kami yang berpeluh-peluh tu. Seriously memang cantik taman ni. Masa ni takde orang sebab off day kami lain dari orang. Hehe...orang kerja kami off. Best!

Dari pegi jejaoh ke paris atau ke obersi tu. Baik la kita jelajah Malaysia ni hah(kalo ade orang ajak g obersi Luna pon nak!).

  Nampak tak yang ade macam tempat laluan tengah-tengah tu. Haa..sebelum naik sini kena lalu situ dulu...ahahha mandi peluh jugak la walau berjalan biasa. Kat sini tak dibenarkan bawak kereta masuk. Yang boleh, moto, beskal, troli atau kereta sorong. Alang bawak kereta sorong boleh tolong pekerja sini tanam pokok...haha

Sepanjang perjalan korang memusing taman ni, kat tempat pejalan kaki ni akan ada tanda berapa kilometer dah korang rentasi. Huyoo..kalau penat ade tempat rest tau! Ni pondok atas ni. Sila jaga kebersihan ye. Ade tong sampah kat situ. Jangan dok buang merata. Jijik!
Ok atas tadi nampak kecik je tempat pejalan kaki kan...haa ni pandangan dari tempat pejalan kaki ke atas puncak bukit tadi pulak. Takde la jauh mana nampak. Tapi nak sampai sana...MasyaAllah!

Ni pulak view kat atas puncak bukit tu. Belakang Putrajaya. Pegi la pepagi, kat atas ni tengahari panas woo...panas dunia orang cakap. Boleh la takat memanggang kulit kita ni. Ekeke..

Bila kat atas puncak bukit, active kan panorama mode pada kamera. Snap then....wow! tapi...lensa kamera takkan boleh lawan or tandingi lensa mata yang Allah cipta. Datang dan tengok sendiri sesuatu tu...mesti kita lagi kagum.

Lokasi : Taman Saujana Hijau, Persint 11, Putrajaya (belakang balai polis)

Pilih Sahabat Atau Musuh

Assalamualaikum semua..

Pesanan Mak,
"Pilih Sahabat Atau Musuh"
 Mak cakap, "Dunia ini Allah kasi kita 2 pilihan dalam hubungan. Samada bersahabat atau bermusuh dengannya. Kalau kita pilih untuk bermusuh dengannya, kita sentiasa akan rugi. Kalau kita memilih untuk bersahabat dengannya, Allah beri kebahagian walau pahit pada permulaan".

Contohnya, Allah datangkan seorang yang membenci kita. Menghina dan bercakap buruk tentang kita. "Alhamdulillah" dalam hati. Sebab dia mengingatkan kita yang

Suatu Subuh

Assalamualaikum Khalifah Allah sekalian..

Teringat pesanan Mak... Ibu dan sahabat terhebat yang Allah hadiahkan...

Dimana kecantikan dunia.? Lihat pada waktu subuhnya..
Benar subuh itu indah. Sebab itu masa munculnya itu sementara. Setiap hari Allah beri kita kebahagian. Walau kadang Dia datangkan kedukaan. Untuk menguji sejauh mana keimanan. Untuk mendengar segala rintihan.
Mana nak carik ketenangan? Di sebalik waktu kesibukan. Di sepertiga malam dan diwaktu Fajr.
Waktu itulah waktu ketenangan dunia. Waktu segala pengaduan ditimbang-tara. Waktu para malaikat melaksanakan tugasnya. Dimana waktu Allah benar-benar dekat dengan kita. DIA yang mencipta kita. Jadi DIA juga ingin mendengar pengaduan kita. Tentang kenikmatan yang

Resepi : Muffin Chocholate Chip

Resepi : Muffin Chocholate Chip



Bahan-bahan yang diperlukan :

**2 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
**6 sudu besar gula
**8 sudu besar susu segar
**6 sudu besar minyak masak
**1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar baking powder
8 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar serbuk chocolate
Choclate chip *optional
Secubit garam
Sebijik hanpon

Cara-cara membuat :

Single double triple...

Haa..jenis kita ni manusia seribu satu jenis perangai. Bermacam aggapan. *cakap pada diri sendiri jugak*

Bayangkanlah...walau batang pokok idup tengah panas pon dipertikaikan, ni kan pulak kekaka yang berjalan sensorang sambil jinjet bag plastik bebanyak. (ala single mother gituu). Mesti orang judge punya. Percayalah..Sebab kita pun ada jugak judge orang secara sengaja or tak dan...antara sedar atau separa sedar.



Contoh la macam Luna sendiri...sensorang je, takdak boypren (bagi contoh ja nii). Jalan sensorang pastu awkward sensorang kan.

Orang nengok mesti judge
"Kesian sensorang..baru clash ngan bf la tuh"
takpon yang jenis ganas skit
"La...kesian single. Memilih letew"
Jenis kaki mengata..
"Jenis pompuan sombong...mesti kena tinggal dengan bf dia..padanla"
Yang husnuzun (bersangka baik)..
"Alahai kesiannya...sorang je, sesat agaknya.."

Memang setiap manusia berbeza, dan sebab tu la kita hidup dengan berlainan pendapat. Tapi usah lah berlebih-lebih judge orang sampai boleh mendatangkan fitnah. Memfitnah tu kan lebih buruk dari membunuh seribu umat islam. Ni bukan saya yang kata...ni Nabi Muhammad S.AW yang pesan ok!

So...bawak2 ler kita bertaubat dan beristighfar bila kita lakukan kekhilafan yang tetibe keta sedar. Syurga itu indah kan. Jadi kena la masuk sesama. Jangan duk erati dari luar jek. Peace!

Hatiku Yang Ampuh

Maaf lembaran kali ini memilukan
Kerana daku hamba punya perasaan
Punya rasa dan punya impian
Dan aku juga berpaksikan Tuhan

Tidak sedikit memaksa jauh sekali meminta
Kerana pesanan bonda terpahat didada
Segala yang datang anugerah yang Esa
Segala yang diambil pulang kekuasaanNya

Syukurku mengenali hamba tuhan
Ku masih tahu segala batasan
tak terlintas menjangkau serakah dan kemahuan
Keranaku tahu karma dan balasan

Ikhlas....hatiku menghargai persahabatan
Tidak sanggup melebihi mimpi dan angan
Kerana takut salah tafsiran
Takut dosa mengiringi perkenalan
Takut berakhir dengan permusuhan

Ku semai kasih padamu kawan
Tanpa perlu engkau membalas intan
Mengenali ibumu sebagai ibuku

Ada Lagi Susah..

Assalamualaikum sekalian pembaca..

SUSAH!

Susah sebab gaji kecik. Susah sebab anak ramai. Susah sebab banyak ujian diberi. Susah sebab keluarga bermasalah. Susah sebab diri bermasalah. Susah sebab tengok orang lain senang.
Orang lain lapang. Orang lain bahagia. Orang lain bernasib baik. Orang lain berharta. Orang lain berjaya.

Pernah terfikir mana datangnya susah tu? Pernah terfikir kenapa susah? Pernah muhasabah diri? Pernah hitung berapa dosa kita seharian?..

Malam tadi saya susah hati. Betul..saya manusia biasa dan kita semua hambaNya. Hamba yang bersifat LUPA. Jadi malam tadi jujur saya mengeluh dalam hati, "Susahnya ujian kali ni. Berat rasanya".

Tiba-tiba...teringat! "Astaghfirullah..mengeluh dah aku ni!". Yes, mengeluh sebab LUPA dari mana datangnya ujian.

Bila teringat hati mula sedih. Lupa pesan Mak "Mengadulah..berceritalah..menangislah..ketawalah...pada DIA tuhan seluruh alam. Dari Allah datangnya ujian dan dari DIA datangnya nikmat". Terima kasih Allah datangkan Mak dan Ayah sebaik mereka dan terima kasih Mak sebab banyak berpesan.

Bila balik dari kerja malam. Lagi sekali sentap dalam hati sebab Allah tunjuk

Bila Si Dia Merajuk

Hari ni Ohyen saya macam merajuk. Maybe sebab tinggal dia lama sebab sabtu kena kerja.
Dia diam pandang sinis, jeling, tak mengeow macam biasa, dan berlalu pergi tanpa menyendeng pada kaki sy.


Huh! dalam ati tertanya. Dah kenapa pulak la dia ni berperangai aneh.
Rupanya merajuk. Sebab tak main dengan dia. Dia bosan rasanya.
Lepas bersih diri tukar baju, makan semua....hambik semalam suntuk main kejar-kejar dengan dia.
Letih dia kemain lagi ok. Bentang jek toto dia trus landing then tup tup....lena! haih...Perangaiiii

Hadirnya Si Dia Dalam Hidup Saya

Siapa sangka bila kesedihan dan kekalutan pada ujian yang Allah berikan. Dalam kemurungan Allah hadirkan dia dalam hidup saya. Membuang sedikit kesedihan. Meredakan perasaan. Menambahkan kasih sayang. Yang paling penting, dia manja. Siapa?..haaa ni la dia. Mr.Ohyen


Yes! memang seekor kucing Allah jadikan manja, suka pada manusia, pandai bermain, pandai amik hati, tak banyak karenah, pandai buat muka, pandai pujuk, memahami....cumanya dia makhluk yang tak pandai berkata-kata bahasa manusia.

Yang penting dia hadir bila saya betul-betul dalam kesedihan. Betul-betul dalam tekanan.

Resepi : Spaghetti Aglio Olio

Spaghetti Aglio O'lio

Assalamualaikum semua..

Hari ni rasa nak share resepi ala western yang sangat mudah. Hehe..sape penah dengar Spaghetti Aglio o' lio. Ok ini basic Italian spaghetti.

Bahan-bahan yang diperlukan (Hidangan utk 2 orang):

3-4 ulas bawang putih dicincang halus
Olive oil a.k.a minyak zaitun secukupnya
Cili padi (potong kecik2)
Daun sup (dicincang halus)
Oregano
carrot (ini sebagai penambahan je)
Garam secukup rasa
*Spaghetti
*Kiub/ Pes Ayam

Cara memasak:

  1. Rebus bahan bertanda * dalam 9-10 minit sampai spaghetti lembut. Toskan dan simpan sedikit air rebusan spaghetti.
  2. Dalam kuali lain, masukkan Olive oil dan bawang putih. Panaskan minyak dalam api sederhana.
  3. Bila bawang putih dah naik bau dan kekuningan, masukkan cili padi dan carrot yang di potong halus.
  4. Masukkan sesenduk air rebusan spaghetti.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan spaghetti yang sudah ditoskan.
  7. Masukkan daun sup dan oregano. Gaul rata dan walla...siap!
Suka letak oregano sebab bau dan rasa dia sangat sedap. Nak tambah sedap lagi, taburkan cheese lepas je angkat panas2 dari kuali.

ps: simple and nice kan. Ni mak saya cakap masakkan orang malas. Sebab bahan dia sikit je pastu masak pulak sekejap je. Makan lagi la sekejap. haha! Ok nak sambung makan. Sebelum makan tu jangan lupa baca Bismillah tanda syukur dengan rezeki yang Allah kasi. Alhamdulillah!


Rindu Serindu Rindunya

Assalamualaikum semua makhluk Tuhan yang cantik dan kacak..


Tengok tajuk kemain kan. Hokei harini nak cakap pasal R.I.N.D.U ..
Saya tahu bersepah quote of courage pasal rindu ni kat internet. Tapi dalam banyak pepatah kat dunia ni, saya lagi suka bila Mak saya bermadah.



Saya pernah tanya Mak... "Mak, kenapa Allah jarakkan kita ye. Saya selalu tahan hati sebab sakit rindu dekat Mak Ayah. Dari sekolah menengah sampai la sekarang dah kerja ni...Allah jarakkan kita. Nak sangat bukak mata setiap pagi, peluk Mak cium pipi Ayah, buat sarapan sesama, makan tengahari sama, berkebun sama, kemas rumah sama, suap Mak, lap peluh Ayah. Tapi....Allah tak izinkan itu." Masa tu mula la air mata bukan main nak keluar.

Tapi.....Mak saya pandai pujuk.

Mak pesan.. "Allah tahu dah harapan dan hasrat hambaNya sebelum kita berkata. Tapi kerana dunia ini tempat kita diuji jadi...Allah jarakkan kita untuk kita belajar bersendiri dan rajin mengadu pada DIA. Untuk menguatkan kasih cinta sesama insan dalam kejauhan. Rindu itu fitrah. Kirimkan surat cinta dan rindu kita pada orang yang kita cinta melalui doa dan air mata. Bukan melalui Whatapp dan internet sahaja. Belajar mencintai tanpa mengharapkan di balas dengan cinta. Itu lebih bahagia dan itu lah cinta yang sempurna. Jangan mengeluh ye syg Mak ni..sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk semua hambaNya."

Nak tahu...madah Mak buat saya terdiam.

Betul, kita manusia suka mengeluh. Sebab itu kita memerlukan org sekeliling untuk mengingatkan apa yang kita lupa, Allahu...biarku simpan rindu ini sampai bertemu disana. Ingin ku cerita pada semua bahawa rindu adalah perasaan suci yang Allah titip pada hati manusia.

So jangan salahkan takdir kenapa kita rindu...kerana DIA nak ajar kita kuatkan rasa kasih.

Buah dan Sihat

Assalamualaikum..tak jawab dosa (trick ngorat org dedulu)

Bismillahirrahmanirrahim..

Hokei kekakak dan abam2 seantero dunia, meh nak kasitau dan kasi ingat pada yang tak ingat atau lupa. Tahu tak buah-buahan ada khasiat dan kebaikan tersendiri. Haa..bukan sesuka hati je buah tu nak idup tau.



Ok tahu tak buah-buahan ni jugak makanan sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w. Meh kita baca sesama apa khasiat buahan macam dalam gambar atas ni.

Anggur - Mencegah penyakit yang berkaitan dengan hati. Termasuklah sakit hati dan patah hati. Haha yang belakang tu gurau ok

Tembikai merah - Mencegah penyakit kanser prostat dan penyakit berkaitan jantung. Jantung kita ye bukan jantung pisang mahupun jantung kucing

Tembikai susu - Mengawal tekanan darah (kire cam stabilkan blood pressure), Merawat penyakit hepatitis dannn yang paling orang suka dengar sangat is siapa yang amalkan makan buah tembikai susu ni....boleh turun berat badan hokei! Ini seyes..tapi toksah la pegi baham 3-4 biji sekali makan sehari semata nak kurus!.

Buah-buahan itu salah satu nikmat dunia yang Allah S.W.T beri pada kita. Kandunga gula dalam buah itu menyihatkan dan bukan memudaratkan macam gula yang kita buat air tu. Lagipun ini kan sunnah dan bila kita makan buah-buahan dengan automatik kita ikut sunnah Nabi. Dapat makan, dapat kenyang, dapat pulak pahala. Senang giler!

So..lets start with healthy life and Sunnah is so sweet like honey. Muah ciked semua!



Sakit dan Kerja

Assalamualaikum..hai semua

Haa..tajuk kemain gituuh. Ok meh nak cerita. Punya la dah lama tak demam alih-alih Allah nak kasi ujian kan. So..2 minggu lepas adalah kali pertama kita amik MC taw!..dah dekat 4 tahun kerja ni memang jarang la nak layan demam sikit2. Tapi...sebab memang dah tak daya sangat nak bangun, maka saye pon MC la sehari.

Sape takut makan ubat..? ok goyang pipi sebab kita geng. Ubat..??!! oh man..bukan takut tapi memang tasuka makan lah. Jenis bukan makanan feveret gituh. Lagipun ubat ni kan drug..so tak elok untuk badan kite. (beribu alasan)



Hah..balik citer tadi. Masa saye cakap nak MC tuh memang la sy dalam keadaan yang sangat teruk. Lepas solat subuh, dengan tak makan ape2 trus telan ubat tahan sakit. Trus lena sampai nak dekat asar. Masa terjaga tuh...Allahu...Tuhan saje yang tahu betapa sakit itu adalah satu ujian. Dengan satu badan sakit...dengan lemah segala anggota..dengan takde daya nak angkat tangan pon..masatu baru lah tahu cane orang yang terlantar sakit kat sepital. Tekak dah kebas memang takde suara..tulang belakang bagai dihenyak2..6 sense da lumpuh.

Masatu pikir...selama ni sihat tu nikmat sangat. Boleh bergelak, makan, kerja, lompat2 bagai. Sambil terkebil2 tu la rasa nak nanges sangat. Mak ayah kat kampung, abang2 n kakak2 kat tempat lain, Kengkawan kerja. Masa tu ingat pesan Mak "Allah rindu pada kita..sebab tu DIA kasi ujian sebab nak dengar rintihan kita..". Trus paksa diri bangun. Allah ada. Dia kasi kekuatan.

Mandi..Solat..telan lagi ubat 2 butir. Tunggu housemate balik kerja trus bawak gi klinik. Alhamdulillah..Doktor kasi MC. Katanya tonsil kat tekak.(luka dalam tekak). Siap pesan suruh elak makan makanan suam dan panas, pastu takboleh makan benda pedas. Pastu kena makan aiskerim. Hah..part aiskerim tu yang 1st time dengar tuh. Excited ok seorang doktor suh makan eskerim. Tapi dia kasi sehari jek MC. Takpe lah kan. Balik klinik trus carik eskerim. Yey!

Esoknya gagahkan diri pegi kerja. Ada tanggungjawab perlu dilaksanakan. Dulu sahabat Nabi tetap pergi berperang bertarung nyawa. Takkan la kita Allah bagi ujian sakit skit tak boleh kuatkan semangat nak gi berjuang kan?..

Ade jenis manusia yang rajin amik MC. Walaupun sihat walafiat. Tak baik taw. Rezeki tu kena bersih. Sebab tu kita kena suka apa yang kita ada dan buat. Sebab kerja yang berkualiti datang dari hati yang suci. Moga kita jadi pekerja yang cemerlang dimata Allah. InshaAllah.

DIY by Calerluna

Assalamualaikum..(tajawab dosa)

Malam tadi Luna taboleh tido. Memula tu layan citer Great Teacher Onizuka ngan roomate kesayangan kite roomate yang cecomel lagi manja. Anim namanye. Tapi bila tengah syok layan da episod 10 ghupanye kite tengok citer tu sensorang..ceh..dia da jumpa en.mimpi.

Abis nengok citer GTO. Kite still takleh lelap gak. Mata degil yang amat. Masa tu la idea DIY datang curah curah. Hokei..kita dah draw malam td. Arini nak ciapkan pulak.hehe


Okey kite nak sambung buat DIY kite. Babai..muah ciked

2014 Dalam Kenangan

Me : Haaa..? awak cakap muke kite serupa?..
She : ....
Me : Ok serupa...u cantik sikit la. Tapi.. I cantik banyak..(weehuu perasan!)

*dialog dengan poster Carlo Rino 


Hai readers yang cantik comel kacak lagi menawan semua..!!!
Selamat tahun baru 2015..Mari sesama kita mulakan langkah tahun baru dengan Bismillah...