Bila 'Semua manusia' yang makan pakai sudu dan garfu
Pandang hina suapan dari tangan yang tanpa guna sudu
Bila 'Semua manusia' yang pakai kereta mewah dan baru
Pandang rendah hamba naik motor besi buruk layak gelarannya
Bila 'Semua manusia' yang punya peralatan mahal dan baru
Pandang sinis pada yang tak punya peralatan serupa itu
Bila 'Semua manusia' berpelajaran tinggi melangit
Pandang jijik yang tidak bersekolah meminta sedekah
Bila 'Semua manusia' bekerjaya dan berdarjat
Pandang keji yang hanya mampu mencuci tandas
Bila 'Semua manusia' bermewahan dengan pelbagai makan pakai
Pandang alpa pada yang mengikat perut menahan lapar dahaga
Aku kat sini ketawa sendiri....kerana apa?
Kerana 'Semua manusia' sedang mabuk
Mabuk dengan nikmat sementara dunia
Tu yang syaitan suka...Manusia-manusia lupa diri
'Semua manusia' lupa. Hidup saling memerlukan. Hidup ini banyakkan memberi.
Hasilnya..?
Ikhlas kau bagi, seluas pandangan penuh dengan apa yang kau inginkan akan Allah bagi.
Nak perempuan?Nak harta?Nak pakaian?Nak makanan?Nak kenderaan?Nak apa?...
Semua Allah boleh bagi tapi bersyarat la...
Jangan jadi manusia angkuh. Kena didik jiwa hamba yang hina.
Kalau bukan kat dunia kau dapat hasil. Kat akhirat nanti pasti dapat. Janji Allah itu pasti.
Bukan tujuan nak menyindir, nawaitu nak perbetulkan diri sendiri dan sekalian manusia.
Hidup kat dunia ni jangan megah "Akulah manusia..."
Tapi sentiasa muhasabah diri "Aku hanya hamba..."
Baru hidup kita tenang jalan kita mudah dan hati kita aman.
Yang menulis untuk diri sendiri,
~Seorang Pendosa~
No comments:
Post a Comment
Budak Baik Cakap