Search This Blog

Menjenguk di belog orang

ahha...dah lame tak berblog ni memang rase janggal siket...huhu

anyway tadi dah menjenguk-jenguk belog comel ayung merapu ... 


huuhu....malam ni nak jenguk belog member yang lain pulak...rindu kat korang hurm..

Cerita cinta rahsia

BismillahiRahmaniRahim..

C.I.N.T.A

Benar jodoh pertemuan ditangan Allah. Perasaan cinta itu adalah satu perasaan yang sangat suci. Ia manis bak madu dan juga bercampur sedikit pahit. Dan itulah perasaan yang terpendam dalam hati Darjeeling sekarang. Aaa..bukan cinta2 kekasih tu. Ni cinta pada persahabatan.

Kenapa darjeeling cakap terpendam?. hm..

Sebab darjeeling takut untuk berdepan dengan perasaan tu. Inilah pertama kali untuk darjeeling memulakan cerita cinta(macam tak percaya). Haha..memang sebelum ni hati darjeeling susah untuk menerima 'cinta' dari seorang lelaki. Tetapi untuk kali ini, ALLAH menganugerahkan seorang dari hambaNya datang mengetuk pintu hati darjeeling. Babak pertemuan yang tanpa disangka-sangka. Ah..! susah menduga Rahsia ALLAH..

Mungkin hanya setakat persahabatan. Kerana dia layak dapat yang lebih baik. Jadi perasaan cinta ni biarlah tersimpan ditempat yang paling dalam di dalam hati darjeeling. Perasaan yang sangat indah. Mencintai tanpa pernah melafazkan perasaan cinta. Tetapan ALLAH itu lebih baik daripada tetapan manusia. Ikhlas dari diri darjeeling ingin rasanya melihat dia bahagia. Ia adalah satu kebahagian yang paling istimewa untuk darjeeling.

Banyak perkara yang darjeeling lupa. Terlalu banyak perkara yang darjeeling tak mampu ingat tentang diri dia. Hanya perasaan istimewa ini sahaja yang darjeeling tak pernah lupa. Jadi biarlah perasaan ini tersimpan didalam diri darjeeling tanpa pengetahuan dia. Pelikkan perasaan manusia.

Dan sebenarnya bukan cinta pada kekasih..tetapi cinta dan kasih pada tali persahabatn. Sungguh betapa sayang saya pada persahabatan ini. Moga cinta ini sampai dan moga masih ditemukan dia disana sebagai sahabat yang setia, Aminn


Fest! Rompin now

Bismillah hi Rahmani Rahim...

Rindu giler kat blog, lme giler ah x bukak..kali ni bile dah stabil n masa pon dah ada baru boley bukak blog. Arini darjeeling ada kat Fest!Rompin..wah! ada pesta..nty ada masa nak upload gmbar kat sini, now time 2 take picta ..bubbye

nota kecil dari hamba

Melihat burung beterbangan diangkasa. BEBAS! Ah,cemburu mengetuk pintu hati. Mengalih pandangan nun jauh ditengah lautan. LUAS! Terlalu kerdil diri dibanding dengan lautan. Tunduk memandang pepasir, cuba untuk mengenggam sebanyak mungkin. GAGAL! lalu...

Mata dipejam seketika, Nafas ditarik dalam, Tangan didepa luas. TENANG!

Apabila mata dibuka sambil nafas dilepas berdikit-dikit. Ada sesuatu yang melanda hati mendesak jiwa dan lantas menimbulkan kenyataan minda lalu hati membisik,"Ia milik-MU Ya Khalik, tidak suatu milik hamba-Mu melainkan pinjaman. Pinjaman itu merupakan hutang yang perlu dibayar. Bayaran untuk melangsaikan hutang adalah dengan ketaatan. Hanya dengan mentaati-Mu".

***
Selalu diri terbabas dipersimpangan, terasa sukar sekali hidup kerana perlu menunaikan perintah yang diwajibkan. Nafsu menghasut,
"Ah,sekali sahaja tidak mengapa jika ditinggalkan solat,selepas ini kamu boleh bertaubat kembali".
Lalu solat itu ditinggalkan sedikit demi sedikit dan terus diabaikan. Pabila mempersiapkan diri untuk keluar bersama rakan terasa rimas dan panas. Lantas syaitan memainkan peranan,
"Lihat dirimu pada cermin, memakai hijab dan menutup aurat? Ah, sungguh kolot sekali. Lihat teman-temanmu,mereka tidak memakai hijab dan menutup tubuh dan lihat mereka lebih cantik dan menawan dari mu. Tak perlu kamu tutupi apa yang ada pada tubuhmu. Pamerkan".
Sekali lagi diri mengikut kehendak syaitan. Tubuh yang bernilai didedahkan untuk santapan mata mereka yang tidak halal. Semakin lama semakin jauh persimpangan jiwa. Hati yang suci dikotori dengan daki dosa noda. Jeritan jiwa yang sensara dan kehausan iman tidak lagi didengari. Diri terlampau bebas membuat onar dan dosa.

Tiba seketika.... Tiupan bayu rahmat dari Tuhan menerpa segenap ruang jiwa...DEBAR!

Tunduk dan menangis. JATUH! melutut dan....airmata mengalir bak sungai,membersihkan noda.
"Oh, terlalu jauh aku melarikan diriku dari-Mu. Terlalu banyak noda dosa yang telah ku lakukan sehingga sukar untuk aku bernafas. Telah ku abaikan perintah-Mu malah.........aku mengerjakan larangan-Mu. Tuhan...jiwaku meronta, diriku merana, hatiku meminta. Maafkan keraguan ku terhadap-Mu. Maafkan kelalaianku atas kewajipan pada-Mu. Tuhan, Engkau tidak pernah jauh daripada ku. Maafkan ku Ya Khalid. Maafkan ku.....Demi jiwa yang Engkau anugerahkan, Demi hati yang Engkau hadiahkan dan demi nafas yang Engkau pinjamkan, Tunjuki dan bimbingi aku kejalan-Mu kembali. Hanya dari-Mu aku hidup dan kepada-Mu jua tempat aku kembali".

***
Desiran ombak membuat lamunan itu terhenti.....TERSENYUM!
Ya Khalid, Sungguh indah rencana alam dan sungguh misteri ketentuan-Mu. Dalam mencari kejernihan disegenap ruang jiwa dalam ketenangan ku sedar Engkau sedang memerhatikanku dengan kasih-sayang dan pabila sampai suatu masa yang Engkau janjikan, aku ingin menghadiahkan senyumanku pada-Mu pabila Engkau memberikanku kasih dan rahmat-Mu kepada hamba-hamba-Mu.