Search This Blog

Dunia 4 dimensi

Mereka bilang aku garang
Mereka cakap kita temberang
Mereka tuduh buta tuli
Tembak rambang suka suki

Sembang lah...
Mereka macam bentuk tiga segi
Cuma nampak kanan dan kiri
Maklum saja macam tahu takdir diri
Masa tu kan diorang set sendiri
Tahu bila hidup dan sampai bila nak mati

Kata mereka melaung..
Aku hidup kejar harta
Aku lupa ahli keluarga
Aku tak pernah merana
Aku berjaya kerana harga
Aku tak payah berusaha
Aku manusia bertuah nyawa
Aku penting diri saja
Aku.... Aku...aku...
Yang buruk layaknya

Kata aku dalam diam..
Alhamdulillah.. Aku panjatkan
Nyawa aku dari Tuhan
Harta aku milik Tuhan
Susah aku ujian Tuhan
Berjaya aku anugerah Tuhan
Akal itu aku gunakan
Kerna setiap sesuatu milik Tuhan
Tuhan...tuhan...tuhan..
Dia yang merancang aturan
Manusia luar sana cuma terlupa
Tuhan itu raja
Biarlah mereka sendiri rasa
Yang mereka cuma manusia

Dunia empat dimensi
Penuh dengan situasi
Moga jadi pengajaran
Dan hidup berpaksi Tuhan

Manusia Biasa Biasa

Pesan Mak "Tuhan letakkan kita pada sesuatu mungkin sebab kita sesuai disitu....mungkin hanya kita yang layak untuk menerima ujian seperti itu."

Sejak hari pertama saya diterima bekerja beberapa tahun lepas. Kilang.

Mak pesan "Semua yang kita buat tu berdasarkan niat....elok niat kita berlandaskan agama, inshaAllah elok Allah aturkan jalan kedepan."

Jadi sejak itu saya pasakkan niat "Segala apa yang aku buat adalah untuk belajar memperbaiki diri dan mendatangkan kebaikan kepada insan2. Di dunia dan akhirat."

Dari kilang melangkah ke workshop. Demi menimba ilmu sementara masih ada nyawa. Akal masih waras. Kedai makan pernah menjadi salah satu tempat menimba ilmu. Bukan datang untuk menjamu makanan, tapi jadi pembasuh pinggan. Belajar.

Kerja ladang kelapa sawit bila cuti sekolah atau cuti semestar. Kerja car wash, mencuci kereta mewah-mewah jua pernah dirasai. Belajar.

Rezeki Tuhan itu seluas alam. Keras bekerja siang malam. Dia lempar saya jauh ke kuantan. Seorang diri. Alhamdulillah, Dia datangkan insan-insan yang baik budi. Saling tolong menolong ibarat saudara sendiri. Belajar.

Dalam mengejar impian, Tuhan kasi jalan. Nah bertapak di tengah kotaraya. Berdikit-dikit belajar. Jatuh bangun semula. Menangis sendiri. Merangkak. Masih belajar.

Tapi Tuhan tak kejam. Dia datangkan sebuah taman. Penuh dengan manusia sebenar yang menjadi sahabat. Belajar saling menyayangi. Saling menasihati. Saling menghormati. Tak ada pura-pura. Semua manusia biasa-biasa. Tapi cukup istimewa kerana tak pernah rasa rimas dan benci. Suka duka dikongsi. yang biasa itu jadi luar biasa. Kerana istimewa.

Sesaat akan datang masih belum tiba. Jadi saya takkan tahu rencana Dia. Yang saya pasti dan amat pasti. Ujian pasti akan ada lagi. Dan Allah sentiasa disisi..InshaAllah.


Wahai Purnama

Ya Badrotim..Purnama yang indah

Nun jauh di hujung hati ingin mencari purnama
Bagaimana nak ku luahkan dengan kata-kata
Bila segala kebatilan itu terserlah

Aku punya impian kecil untuk berjihad
Tuhan beri aku tugas besar sebagai amanah
Aku selemah hamba gentar seluruh jiwa
Apa akan aku jawab bila malaikat bertubi menyoal

Layakkah aku memandang selintas syurga Tuhan
Apakah tugas ini akan di timbangkira menjadi jihad
Mampukah langkahku menarik kebenaran
Sedang berduyun seangkatanku menegakkan kebatilan

Wahai Purnama
Tenang dan damai pabila aku merenungmu
Tertanya dalam monolog diri
Mampukan aku sekecil semut ini mengemudi bahtera
Sepertimu mampu sinari alam dengan walau cahaya kelam

Medan perang ini ku rasa kerdil
Dengan hanya sahabat sebagai teman juang
Dan kemanusiaan sebagai senjata perang
Biar tewas dan gugur berperang dari lari undurkan diri

~coretan seorang aku~

Jangan Cakap Pandai



Hei kawan..
Kau tak ada dalam cerita aku dulu
waktu aku karang kisah hari ini
kau cuma watak yang sekarang
tak pasti akan terpalit 'engkau' 
dalam cerita aku atau mungkin tak

Ingat..
Kau tak ada masa aku sendu pilu
Masa semua manusia bentangkan khilaf aku
Waktu iblis cuba tutup kisah benar itu
Masa tu aku jatuh lagi kena timpa beban
Masa tu aku hanya ada Tuhan

Jadi..
Jangan tahu cakap melambung
Berbahasa tinggi menggunung
kalau kau sendiri tak pernah rasa
apa itu orang kata hakikat derita
Bila sendiri di tindas masa tak daya

Cik kak..
Siapa aku sekarang itu yang kau nampak
Apa aku dulu kau tak kan pernah tahu
Sebab itu perit jerih seorang aku
Tak ada sebab untuk kau tahu
Melainkan kau juga pengembara 
Seperti aku....

Brader..
Dunia ni bukan kekal panjang
Mati tu bukan kita yang rancang
Kalau sendiri tak tahu hidup esok
Jangan cakap pandai menilai insan tu buruk
Ntah kau sendiri yang lagi teruk

Sahabat..
Buruk manusia jadi teladan
Baik manusia jadikan pedoman
Baru hidup tu punya iman
Jangan asyik nak ikut jalan setan

So...
Kalau kau tak tahan panas matahari
Mesti kau takkan tahan suatu hari nanti
Masa kita semua mati