Search This Blog

Pahala Buat Sang Wanita

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau
bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap
sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... ..

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat  dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari  kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati  anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan  "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan  mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga  dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada  siang hari.
 
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada  malam hari
.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun  solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya  Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas  bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan  mendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh  (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan  khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya  yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun  solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan  mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
 
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan  suaminya akan memasuki syurga.

24.. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.  
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup  dalam kejahilan?  
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga  
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat  
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang  
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada  
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika  
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.  
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab  
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.  
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa  
pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa  
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?  
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam  
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,  
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang  
tumpul.  
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang  
memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,  
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.  
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam  
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, 
kaki, badan,etc... . 

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Sumber Asal dari :-