Search This Blog

Romantik Suami Bersama Isteri

Romantiknya Rasulullah s.a.w

Sebagaimana yang kita tahu, junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W adalah contoh yang paling agung dalam kepimpinan dan kalau kita hayati riwayat penceritaan bagi hidup, baginda juga adalah contoh seorang kekasih yang romantik kepada para isteri.


Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di  ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula  membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)

Sifat romantis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.


Sang suami meletakkan kepalanya diribaan seorang isteri itu merupakan suatu ibadah. Jadi jangan pula merasakan perbuatan itu satu kejenggilan (hairan dan jelik) kerana ianya salah satu cara merapatkan hubungan Sang Suami dan Sang Isteri.


Kemuliaan Nabi SAW dibuktikan dengan tindakan Baginda yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.

Sumber Dari  : iluvislam