Search This Blog

puitis rasa perindu cinta-NYA

menitip cerita mengguna kalam
bertintakan warna-warna duniawi
seluas sutera putih yang suci
terbentuk sebuah cinta yang dalam

seawal permulaan nafas
Engkau memberikan cinta
melalui seorang bapa
lakaran azan itu yang pertama

menyerap ia kedalam kalbu
bermulalah saat lembaran hijabku
pertarungan sengit dalam hidupku
antara iman dan juga nasfu

Engkau setia melihat aku
mengutuskan Malaikat-MU menjagaku
walau mataku tidak melihat-MU
tetapi ku merasai kehadiran-MU

ditinggalkan bersamaku 2 perkara
Al-quran dan sunnah ia bernama
agar dilakar dan diwarna
ditempat suci yang bergelar jiwa

pertarungan itu makin menjadi
pabila bertambah usia hati
musuh itu sentiasa menghasuti
agar jiwaku padam dan mati

langkahku lemah jiwaku resah
akhirnya rebah aku ditanah
tidak mampu untuk bertitah
pada diriku yang mula punah

aku redha meniti cabaran
untuk menemui-mu wahai Tuhan
luahan ini aku perdengarkan
kerana aku tidak mampu bertahan

Wahai Khalid hulurkanku bantuan
suatu benteng untuk pertahanan
kerana nafsuku bangkit dan melawan
musuhku pula sentiasa berdampingan

ku panjatkan kepada-MU kesyukuran
yang memberikan jiwaku ketenangan
yang menunjukkan lurusnya  jalan
untuk bertemu-MU wahai Tuhan

hingga akhir kalam terhenti
yang lemah ini bergelar insani
menunggu keputusan-MU ya ilahi
atas nama cinta yang hakiki

ku seru nama-MU saban waktu
kerana cinta ini hanya satu
aku merindui dan mencintai-MU
berikan kepadaku Shafaat-MU

Yang Maha Pemurah dan Maha Menyayangi
telah ku serahkan hati ini
dan ku dambakan cinta yang suci
agar kecintaan-MU milik diri ini

aku memohon pertolongan-MU tuhan
akhirilah nafasku dalam keimanan
agar aku bertemumu dalam ketenangan
dan hindari aku dari dusta SYAITAN