Search This Blog

Arakian Maka Tersebutlah Kisah Seorang Aku

--------writing by owner blog --------- 




Beta sedang berlabuh in de' study desk ! 
Assignment tahun baru yang mula hendak berlonggok dan bertambun la kan..
Daripada beta pegi berjalan-jalan ada lebih baik kiranya beta duduk dan menyiapkan segala macam pesanan(assignment) yang telah di utuskan oleh Sang Lecture melalui Hamba Suruhan (Prep).

Adapun demikian khabar yang disampaikan tidak pula beta merasa murka kerana memang sudah tanggungjawab beta untuk melaksanakan tugas dan perjanjian yang telah diwartakan demi menjaga keamanan daerah jajahan takluk serta pula dengan beta yang masih lagi menuntut ilmu di Puncak Kayangan Politeknik ini.

Arakian dalam detik masa ini, kiraan beta mengusaikan tinta mengenai Visual Basic.net yang pada kiraan beta sungguh menghiburkan. Sepurama lalu telah dijanjikan agar tinta VB.net ini perlu di usaikan dan kiranya perlu di 'Submit' kepada Sang Lecture untuk dia membuat penilaian.

Maka tinta beta sudah pada penamatnya untuk pengkhabaran kali ini ..  So wishes me gud luck ok !