Search This Blog

Ada Lagi Susah..

Assalamualaikum sekalian pembaca..

SUSAH!

Susah sebab gaji kecik. Susah sebab anak ramai. Susah sebab banyak ujian diberi. Susah sebab keluarga bermasalah. Susah sebab diri bermasalah. Susah sebab tengok orang lain senang.
Orang lain lapang. Orang lain bahagia. Orang lain bernasib baik. Orang lain berharta. Orang lain berjaya.

Pernah terfikir mana datangnya susah tu? Pernah terfikir kenapa susah? Pernah muhasabah diri? Pernah hitung berapa dosa kita seharian?..

Malam tadi saya susah hati. Betul..saya manusia biasa dan kita semua hambaNya. Hamba yang bersifat LUPA. Jadi malam tadi jujur saya mengeluh dalam hati, "Susahnya ujian kali ni. Berat rasanya".

Tiba-tiba...teringat! "Astaghfirullah..mengeluh dah aku ni!". Yes, mengeluh sebab LUPA dari mana datangnya ujian.

Bila teringat hati mula sedih. Lupa pesan Mak "Mengadulah..berceritalah..menangislah..ketawalah...pada DIA tuhan seluruh alam. Dari Allah datangnya ujian dan dari DIA datangnya nikmat". Terima kasih Allah datangkan Mak dan Ayah sebaik mereka dan terima kasih Mak sebab banyak berpesan.

Bila balik dari kerja malam. Lagi sekali sentap dalam hati sebab Allah tunjuk
betapa ujian saya sangat2 kecik nak dibandingkan dengan ujian orang lain. Tahu apa yang Allah tunjuk?. Ni...


Haaa...sekali Allah kasi tunjuk depan mata terus. Sentap!.

Bayangkan mereka2 tu..tengah panas terik. Tengah hari. Takde pokok utk beredup. Takde aircond untuk bersejuk. Miskipun sebatang payung pon tak ada. Kerah tenaga yang tak seberapa. Mandi peluh. Jadi buruh binaan. Redha dengan rezeki dan takdir Allah. Merantau jauh ke negara orang. Allahu....Insaf!

Jujur saya pesan dalam diri dan ikhlas saya sampaikan pada semua kalian yang saya sayang walau tak kenal....bersyukur dan berusahalah tanpa putus-asa. Ada lagi susah dari kita....yang entah makan ke tidak. Moga Allah permudahkan segala urusan kita didunia yang sementara ni. Moga Allah jauhkan kita dari sifat ujub dan Moga Allah bimbing kita hingga bertemu denganNya dengan gembira.
Ameen Ya Rabbal Alameen..