Search This Blog

Hatiku Yang Ampuh

Maaf lembaran kali ini memilukan
Kerana daku hamba punya perasaan
Punya rasa dan punya impian
Dan aku juga berpaksikan Tuhan

Tidak sedikit memaksa jauh sekali meminta
Kerana pesanan bonda terpahat didada
Segala yang datang anugerah yang Esa
Segala yang diambil pulang kekuasaanNya

Syukurku mengenali hamba tuhan
Ku masih tahu segala batasan
tak terlintas menjangkau serakah dan kemahuan
Keranaku tahu karma dan balasan

Ikhlas....hatiku menghargai persahabatan
Tidak sanggup melebihi mimpi dan angan
Kerana takut salah tafsiran
Takut dosa mengiringi perkenalan
Takut berakhir dengan permusuhan

Ku semai kasih padamu kawan
Tanpa perlu engkau membalas intan
Mengenali ibumu sebagai ibuku

Mengangap keluargamu sebahagian saudaraku
Setia doa mengiringi perjalananmu
Walauku jauh diperantauan

Sungguh....tak ku pinta jarak memisahkan
Bertahunku jaga ikatan persahabatan
Sungguh...jangan hairan ku tiada berteman
Tersenyumku mengimbau engkau dan kenangan

Sejenak waktu....diri ini mendiam
Untuk memperteguhkan keimanan
Ku tunggu utusan dan sapaan salam
Hampa...itu yang kau persembahkan

Ku kuatkan diri membuang prasangka
Kamu sahabat yang sungguh istimewa
Walau Allah memperlihat kuasaNya
Ku tetapkan niat untuk bersapa

Seketika....aku engkau lempar jauh
Seolah tidak pernah hadir dan mengenali
Hanya kerana ingin menjaga hati
Kekasih yang bakal bergelar isteri

Allahu..bukankah aku sahabatmu
Bukankah suatu ketika aku sebahagian dirimu
Bukankah dahulu aku tempat kau mengadu
Menceritakan keperitan ujianNya
Tempat kedua selepas keluargamu
Cerita gembira, bahagia, ketawa, sedih, suka dan duka

Sahabat....berkali ku katakan padamu dahulu
Pada semua sahabat ku anggap saudara
Kebahagiaan itu anugerah padamu
Juga jadikan aku bahagia

Mengapa engkau jauh....dan semakin jauh sahabat
Seikhlas hati ku menyayangimu
Kerana Allah aku mengasihimu
Sekelip mata aku hanya debu kotoran pada pakaianmu

Sungguh kuasa Tuhan
Betapa aku berasa terkilan
Namunku jauh disudut hati ku tetap tumpang bahagia
Doaku tetap megiringimu teman
Tiada persengketaan tiada dendam
Cuma rasa terkilan

Hati ini sungguh ampuh
Bila engkau yang memperlakukan
kerana rapatnya kau dan aku
Kerana itu jiwaku hampa

Doaku untuk bahagiamu
Aku tidak akan sanggup mengugat senyummu
Datangku hanya seorang pengembara
dan pergiku kali ini sebagai pengembara
Tiada jejak dan tiada kesan
Selamanya pasti kau dalam kenangan

Maafkanku sahabat....

Kerana aku insan yang punya perasaan.....

No comments:

Post a Comment

Budak Baik Cakap