Search This Blog

Suatu Subuh

Assalamualaikum Khalifah Allah sekalian..

Teringat pesanan Mak... Ibu dan sahabat terhebat yang Allah hadiahkan...

Dimana kecantikan dunia.? Lihat pada waktu subuhnya..
Benar subuh itu indah. Sebab itu masa munculnya itu sementara. Setiap hari Allah beri kita kebahagian. Walau kadang Dia datangkan kedukaan. Untuk menguji sejauh mana keimanan. Untuk mendengar segala rintihan.
Mana nak carik ketenangan? Di sebalik waktu kesibukan. Di sepertiga malam dan diwaktu Fajr.
Waktu itulah waktu ketenangan dunia. Waktu segala pengaduan ditimbang-tara. Waktu para malaikat melaksanakan tugasnya. Dimana waktu Allah benar-benar dekat dengan kita. DIA yang mencipta kita. Jadi DIA juga ingin mendengar pengaduan kita. Tentang kenikmatan yang
diberi, kekosongan yang diisi, ujian dan cubaan yang dihadapi...segalanya.

Ibarat sebuah diari, yang hari-hari kita isi. Begitu jua rintihan dan coretan harian kepadaNYA. Memang DIA Maha Tahu. Tapi ingat perasaan rindu....

Allah rindu pada kita. Rindu hambaNYA mengadu dan menangis. Walau tangis seperti anak kecil tak dapat gula-gula. Dan DIA akan hadiahkan bahagia selepas datangnya sensara. Percayalah anakku...DIA tidak pernah mungkiri janji.


..........Mak, orang jauh kat sini. Dulu kecik orang Mak suap makan. Orang menangis Mak pujuk. Ketawa Mak senyum. Tidur Mak peluk. Yang paling penting......5 waktu Mak kejut ingatkan tanggungjawab perlu dilaksanakan.

...........Mak didik kami sampai berjaya. Ayah bimbing kami jalan bahagia. Walau kadang besarnya ujian menimpa, tapi kalian tak pernah lupa. Allah sentiasa tempat pertama. Sekarang orang sorang mengembara. Allah ada sentiasa membimbing. Malaikat juga menjaga setiap masa. Jadi jangan risau. Allah jaga Mak Ayah untuk orang...hari-hari orang doa. *senyum

...........Ayah Mak, terima kasih orang pada kalian. Bersyukur orang pada DIA. Moga soleh solehah tempat kalian. Moga Allah pertemukan kita disana nanti sebagai sebuah keluarga bahagia. Moga DIA tersenyum gembira bila kita dijemput jumpa denganNYA. Moga Allah mengasihi dan restui kasih cinta kita dan syurga akhir kita...Ameen!