Search This Blog

Resepi : Muffin Chocholate Chip

Resepi : Muffin Chocholate Chip



Bahan-bahan yang diperlukan :

**2 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
**6 sudu besar gula
**8 sudu besar susu segar
**6 sudu besar minyak masak
**1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar baking powder
8 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar serbuk chocolate
Choclate chip *optional
Secubit garam
Sebijik hanpon

Cara-cara membuat :


  1. Panaskan oven 180` dalam masa 5 minit. Omputeh cakap preheat gituu.
  2. Pukul putih telur dan gula sampai kembang.
  3. Masukkan semua bahan basah bertanda ** dan gaul sekata.
  4. Dalam bekas lain, gaulkan bahan kering. Baking powder, tepung gandum, serbuk chocolate dan secubit garam.
  5. Masukkan adunan bahan basah tadi dalam bekas bahan kering. Gaul sampai sekata dan sebati. 
  6. Adunan yang pekat tu masukkan la dalam bekas cupcake. Make sure kalau masukkan tu 3/4 dari bekas ye. Then tabur choclate chip sebanyak yang anda suka atas adunan. Takde pon takpe.
  7. Biarkan dulu dalam masa seminit dua adunan tu rehat. Then boleh dah masukkan dalam oven. 
  8. Bakar selama 25 minit. kalau dia still tak masak dalam, tambah lagi beberapa minit.

Siap!. Ok bahan last tu nak buat apa?. Macam biasa la kan, amik sebijik handpon tu amik gambar post kat fb, insta, twitter dan segala bagai tempat. Umumkan sedunia yang korang dah berjaya buat benda paling simple kat dunia! yeyyyy...

Peringatan: Jangan lupa ucap Alhamdulillah bila dah siap dan baca Bismillah bila nak makan. Hehe...Selamat mencuba!

Semua resepi didalam blog ini ada pada tab (Caler Kitchen). Thanks!